Friday, October 29, 2010


Anda ingin lebih cantik dan menarik?

1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

2. Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

4. Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

5. Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

8.  Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah. Wallahu'alam.

Sumber : iluvislam.com

Posted on Friday, October 29, 2010 by Qalam Sufi

2 comments


Artikel ini diambil dari laman sesawang iluvislam, dan ingin saya kongsikan di sini bersama pengunjung yang sudi singgah di blog saya yang serba kekurangan ini...moga ianya bermanfaat...

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."
-

Posted on Friday, October 29, 2010 by Qalam Sufi

1 comment


     Pemakaian serban agak jarang dipraktikkan oleh anak-anak muda masa kini, kalau ada pun dari kalangan tok-tok imam, tok bilal, pelajar-pelajar di pengajian pondok, dan ustaz-ustaz sahaja.. Remaja-remaja lelaki zaman sekarang lebih gemar berfesyen dengan gaya rambut yang pelbagai ada terpacak sana, terpacak sini, serabai macam pengemis pun ada, pendek kata, macam-macam ada....dari sudut pandangan peribadi saya, semua itu merimaskan dan menyakitkan mata....berbanding dengan berserban...ianya lebih menyejukkan mata yang memandang. Percaya atau tidak pemakaian serban sebenarnya lebih menunjukkan sifat "macho" bagi seseorang lelaki....walaupun rupanya tak la seberapa macho tapi disebabkan ada elemen serban, terus nampak macho dan berketerampilan....(dari kacamata saya yang serba daif ini)

     Tapi yang paling penting di sini adalah...pemakaian serban merupakan sunnah nabi...sesiapa yang berani sila bangkang...kerana di sini disertakan sekali dalil-dalil dari beberapa hadis...iaitu..

1. Jabir RH meriwayatkan bahawa tatkala Mekah ditawan maka Rasulullah s.a.w memasuki kotanya dengan memakai serban hitam

( Sohih Muslim, Bab Manasik / Sunan Abu Daud, Bab Pakaian / Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Tirmizi, Bab Jihad & Pakaian/ Sunan Nasai’e, Bab Perhiasan)

2. ‘Amr ibn Huraith RH berkata :”Daku melihat Rasulullah s.a.w memakai serban hitam

( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian, Hadis 3584/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian, Hadis 4077/ Sohih Muslim, Bab Haji, Hadis 1359/ Sunan Nasai’e)

3. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Saya masih ingat Rasulullah s.a.w berkhutbah memakai serban hitam di kepalanya dan shamlah (ekor serban) berada di antara dua bahu baginda”.

( Sohih Muslim dan Sunan Nasai’e)

4. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Daku melihat Rasulullah s.a.w berkhutbah dengan memakai serban hitam di kepala baginda yang mubaraj (diberkati)

      ( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian/ Sohih Muslim, Bab Haji)

5. Ibnu Umar RH meriwayatkan : Apabila Rasulullah s.a.w memakai serban, baginda akan membiarkan ekor serban baginda itu di antara bahu iaitu di belakang.

       Nafi’ RH berkata : Aku telah lihat Abdullah bin Umar RH meniru cara yang sama

      Ubaidullah salah seorang murid Nafi’ RH berkata : Daku melihat Qasim bin Muhammad ( cucu Abu Bakar RH) dan Alim bin Abdullah ( cucu Umar RH) juga mengikut cara yang sama

      ( Sunan Tirmizi , Bab Pakaian, Hadis 1736)

6. Ibnu Abbas RH melaporkan : Rasulallah s.a.w pernah menyampaikan khutbah memakai serban hitam atau lilitan kain (yang ada kesan minyak rambut)

(Sohih Bukhari, Bab Manaqib)

7. Sabda nabi s.a.w : Pakailah serban selalu kerana ia menambah kesopanan seseorang

( Fathul Bari)

       Seorang telah bertanya Abdullah ibnu Umar RH : Adakah memakai serban adalah sunnah?”. Jawab beliau : Benar! Ia adalah sunnah

8. Tersebut dalam sebuah hadis : Biasakanlah memakai serban kerana ia adalah tanda Islam dan membezakan antara Islam dan kafir

Kesimpulannya, tepuk dada tanya iman, adakah kita benar-benar mencintai Nabi seperti mana yang kita selalu sebut-sebutkan....jika cinta, mengapa sunnahnya ditinggalkan...ditentang, malahan dihina dicaci maki? Jangan kerana takut pada cacian dan hinaan, sunnah Nabi ditinggalkan.. Apalah sangat yang ada pada cacian dan hinaan....semua tu sementara saja, kita akan mati, mereka pun akan mati....sama-sama akan dihitung amal buruk dan baik. Kita ikut sunnah Nabi dan Nabi sendiri berkata, barangsiapa menyintaiku ikutilah sunnahku,....tapi mereka?..ikut fesyen-fesyen yang entah dari mana yang penting dari orang kafir.

 sabda Rasulullah s.a.w  (ini yang aku paling takut), maksudnya:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)

Wallahu'alam

Rujukan

1. Syamail Tirmizi, Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sawra at-Tirmizi

2. Khasail Nabawi s,a,w Syarah Syamail Muhammadiyyah s.a.w, Muhammad Zakaria Kandhalawi


Posted on Friday, October 29, 2010 by Qalam Sufi

No comments

Thursday, October 28, 2010


Tercipta aku dari air yang hina,
Penuh dengan sifat kejahilan dan kelemahan,
Setiap langkahku diatur oleh Sang Pencipta,
Setiap gerak geriku diperhatikan Sang Penguasa
Namun ku dustakan semua itu dengan tipuan nafsuku
Nafsu yang tidak pernah tidur dari letihnya
Disuntik pula dengan jarum bisikan syaitan yang tidak pernah kenal erti putus asa

Adakala ku tersentak dari dunia kegelapan,
Air mata taubat bertitisan jatuh berderai,
Janji yang terpatri tidak mahu mengulanginya disematkan kemas di hati,
Namun….
Janji itu juga ku leraikan dek tipuan nafsu
Adakah ada lagi ruang untukku Ya Tuhan?
Aku hambaMu yang paling hina,
Aku hambaMu yang paling banyak melakukan dosa
Aku hambaMu yang paling lemah

Aku bukan malaikat yang suci ,
Yang sentiasa tunduk patuh pada perintahMu
Yang sentiasa tidak jemu bertasbih memuji kebesaranMu,
Yang sentiasa tunduk sujud tanpa berasa letih
Kerana mereka Engkau ciptakan tanpa nafsu
Namun Engkau ciptakan daku bersama fitrah nafsu

Aku juga bukan seorang Nabi dan Rasul yang terpelihara dari kekejian maksiat,
Apatah lagi seorang wali yang tenggelam dan asyik dalam lautan cintaMu
Aku hanyalah seorang hamba,
Yang penuh dengan kekotoran dosa dan maksiat,
Apakah pembelaan yang akan menyelamatkanku dari kepekatan nista ini.
Sedangkan hatiku meronta-ronta inginkan panggilan dariMu
Namun penantian demi penantian ku tunggu hanyalah hampa belaka

Ku pujuk hatiku dengan rayuan kesabaran,
Walaupun hatiku dihancurkan dari segala harapan
Ku serah segalanya pada Sang Penentu hidupku
Kerana aku adalah hamba yang tiada sezarah hak untukku berkuasa atasnya

Namun Engkau Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi di hatiku
Bahawa pengakuan Tiada Tuhan selain Allah nabi Muhammad utasan Allah
Ku genggam seerat mungkin di dalam hati
Moga janjiku ini tidak kudustakan hingga akhir hayatku

Posted on Thursday, October 28, 2010 by Qalam Sufi

No comments


Rabi'ah mahkota kaum lelaki,
selama tujuh tahun meniarap,
berjalan merangkak menuju Kaabah,
lantas berhenti di Masjidil Haram,
untuk menghela dan menarik nafas lega,
ibadah haji pun sempurna sudah.

 
Kemudian, ketika mencuba masuk,
dia dicampakkan lantaran jantinanya wanita,
dia terkena 'alibi wanita' (haid),
"Wahai Tuhanku Yang Maha Kuasa" serunya,
"selama tujuh tahun merendah dan terhina,
bukankah aku sudah menderita?,
Bukankah Engkau yang aku cari?,
jika inilah permainan hari ini,
untuk menyergapku dengan kayu keras yang amat tajam,
maka aku kan pergi jauh-jauh,
izinkan aku berehat di rumah,
atau bukakan jalan menuju Kaabah!.

 
Jika engkau bukan pencinta seperti Rabi'ah,
mana mungkin engkau tahu kedudukan nilai dirinya,
yang telah mengalami peristiwa ini,
selagi engkau masih berkeliaran,
laksana seorang yang suka mencampuri urusan orang lain,
di lautan dan samudera ini,
engkau pasti kan dipukul gelombang
penolakan dan penerimaan Tuhan.

 
Kadang-kadang mereka tunjukkan kepadamu jalan menuju Kaabah,
Kadang-kadang mereka membuatmu sibuk di biara,
jika engkau hanya mengangkat kepalamu keluar dari pusaran ini,
engkau akan semakin mendekat,
seiring waktu yang berlaku,
Tetapi jika engkau masih terjebak dalam pusaran air ini,
ia akan menjungkir balikkanmu,
laksana biji padi di mesin menggulingan,
bahkan walau sesaat pun engkau tak akan cium aroma wewangian pertemuan,
dan seekor lalat akan menggangu waktumu..

 
Diceritakan dalam bentuk syair dalam karya Mantiq al-Thayr mengenai kisah wali Allah, Rabi'ah Al-Adawiyyah menunaikan ibadah haji di Makkah dan mengharungi padang pasir.

Sumber : kisah wanita-wanita sufi

Posted on Thursday, October 28, 2010 by Qalam Sufi

No comments

Wednesday, October 27, 2010


Kenapa Harus Menikah? (wajib baca bagi yang takut kahwin)

Berikut beberapa alasan mengapa harus menikah?, semoga boleh memotivasi kaum muslimin untuk memeriahkan dunia dengan perhubungan yang diredhai Allah swt.. InsyaAllah...

1. Melengkapi agamanya

“Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Thabrani dan Hakim).

2. Menjaga kehormatan diri

“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih mudah menundukkan pandangan dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa, kerana puasa itu dapat membentengi dirinya. (HSR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasaiy, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).

3. Senda guraunya suami-istri bukanlah perbuatan sia-sia

“Segala sesuatu yang di dalamnya tidak mengandung dzikrullah merupakan perbuatan sia-sia, senda gurau, dan permainan, kecuali empat (perkara), yaitu senda gurau suami dengan istrinya, melatih kuda, berlatih memanah, dan mengajarkan renang.”

    … Hidup berkeluarga merupakan ladang meraih pahala…

4. Bersetubuh dengan istri termasuk sedekah

Pernah ada beberapa sahabat Nabi SAW berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah memborong pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat; mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa; bahkan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Beliau bersabda, “Bukankah Allah telah memberikan kepada kalian sesuatu yang boleh kalian sedekahkan? Pada tiap-tiap ucapan tasbih terdapat sedekah; (pada tiap-tiap ucapan takbir terdapat sedekah; pada tiap-tiap ucapan tahlil terdapat sedekah; pada tiap-tiap ucapan tahmid terdapat sedekah); memerintahkan perbuatan baik adalah sedekah; mencegah perbuatan munkar adalah sedekah; dan kalian bersetubuh dengan isteri pun sedekah.”

Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bolehkan salah seorang dari kami melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?” Beliau menjawab, “Bagaimana menurut kalian bila nafsu syahwatnya itu dia salurkan pada tempat yang haram, apakah dia akan mendapatkan dosa dengan sebab perbuatannya itu?” (Mereka menjawab, “Ya, tentu.” Beliau bersabda,) “Demikian pula bila dia salurkan syahwatnya itu pada tempat yang halal, dia pun akan mendapatkan pahala.” (Beliau kemudian menyebutkan beberapa hal lagi yang beliau padankan masing-masingnya
dengan sebuah sedekah, lalu beliau bersabda, “Semua itu boleh digantikan cukup dengan solat dua raka’at Dhuha.”)

5. Adanya saling nasihat-menasihati

6. Boleh mendakwah orang yang dicintai

7. Pahala memberi contoh yang baik

“Siapa saja yang pertama memberi contoh perilaku yang baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahala kebaikannya dan mendapatkan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya itu tanpa dikurangi sedikit pun. Dan barang siapa yang pertama memberi contoh perilaku buruk dalam Islam, maka ia mendapatkan dosa kejahatan itu dan mendapatkan dosa orang yang meniru perbuatannya tanpa dikurangi sedikit pun.” (HR. Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Orang yang pertama kali melakukan kebaikan atau kejahatan.)

Bagaimana menurut Anda bila ada seorang kepala keluarga yang memberi contoh perbuatan yang baik bagi keluarganya dan ditiru oleh isteri dan anak-anaknya? Demikian juga sebaliknya bila seorang kepala keluarga memberi contoh yang buruk bagi keluarganya.

8. Seorang suami memberikan nafkah, makan, minum, dan pakaian kepada isterinya dan keluarganya akan terhitung sedekah yang paling utama. Dan akan diganti oleh Allah, ini janji Allah.

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah SAW, bersabda: “Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan budak, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu, maka yang paling besar pahalanya yaitu satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.” (HR Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

Dari Abu Abdullah (Abu Abdurrahman) Tsauban bin Bujdud., ia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Dinar yang paling utama adalah dinar yang dinafkahkan seseorang kepada keluarganya, dinar yang dinafkahkan untuk kendaraan di jalan Allah, dan dinar yang dinafkahkan untuk membantu teman seperjuangan di jalan Allah.”(HR. Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

Seorang suami lebih utama menafkahkan hartanya kepada keluarganya daripada kepada yang lain kerana beberapa alasan, diantaranya adalah nafkahnya kepada keluarganya adalah kewajiban dia, dan nafkah itu akan menimbulkan kecintaan kepadanya.

Muawiyah bin Haidah RA., pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, apa hak istri terhadap salah seorang di antara kami?” Beliau menjawab dengan bersabda, “Berilah makan bila kamu makan dan berilah pakaian bila kamu berpakaian. Janganlah kamu menjelekkan wajahnya, janganlah kamu memukulnya, dan janganlah kamu memisahkannya kecuali di dalam rumah. Bagaimana kamu akan berbuat begitu terhadapnya, sementara sebagian dari kamu telah bergaul dengan mereka, kecuali kalau hal itu telah dihalalkan terhadap mereka.”

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash RA., dalam hadits yang panjang yang kami tulis pada bab niat, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Sesungguhnya apa saja yang kamu nafkahkan dengan maksud kamu mencari keridhaan Allah, niscaya kamu akan diberi pahala sampai apa saja yang kamu sediakan untuk istrimu.” (HR. Bukhari dan Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

Dari Abdullah bin Amr bin ‘Ash ra., ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang cukup dianggap berdosa apabila ia mensia siaka orang yang harus diberi belanja.” (HR. Bukhari dan Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

Dan akan diganti oleh Allah, ini janji Allah.

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantinya.”
(Saba’: 39).

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Nabi SAW bersabda: “Setiap pagi ada dua malaikat yang datang kepada seseorang, yang satu berdoa: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang menafkahkan hartanya.” Dan yang lain berdoa: “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang kikir.” (HR. Bukhari dan Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

9. Seorang pemuda yang menikahi janda yang mempunyai anak, bererti ikut memelihara anak yatim

Janji Allah berupa pertolongan-Nya bagi mereka yang menikah.

1. Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. An-Nur: 32)

2. Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya.(HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Wallahu'alam

Sumber : Rakan Facebook 


Posted on Wednesday, October 27, 2010 by Qalam Sufi

No comments

Sunday, October 24, 2010


ADAKAH SAH SEMBAHYANG DENGAN MINYAK WANGI DAN MINYAK RAMBUT YANG MENGANDUNGI ALCOHOL??

Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh kerana itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.

Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa sembahyang?

Pengertian alkohol

Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.

i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)

ii. Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Websters Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)

Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.

Kenajisan arak

Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam-Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafie˜i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah Taala:

    Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batang batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah: 90)

Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga hukumnya.

Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.

Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram. Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ainiyyah.

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair:

Ertinya: Setiap yang memabukkan lagi cair

Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata:

Ertnya:

    (Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal



Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi:

Ertinya:

    (Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur


Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi
alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.

Hukum alkohol daripada arak

Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syar’i adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah:

Ertinya:

    Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar’i)



Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.

Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia

Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.

Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.

Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.

Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan Tetapi yang menjadi persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang terkandung di dalam sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari sumber yang suci atau najis?

Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam, perkara tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin Ali radhiallahu anhuma meriwayatkan bahawa dia telah menghafal daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang bersabda:


Maksudnya:

    Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.

    (Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaâi, Ahmad dan ad-Darimi)



Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan kehormatannya. Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan membawa kepada melakukan perkara yang haram sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ˜alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Nu’man bin Basyir radhiallahu anhu:

Maksudnya:

    Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke dalam perkara haram.(Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.

Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita

Wallahu'alam

Sumber : Mufti Brunei

Posted on Sunday, October 24, 2010 by Qalam Sufi

No comments

Allah Ta’ala berfirman:

قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَا أُوْحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلاَّ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ

“Katakanlah, “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor (naijs).” (QS. Al-An’am 145)

Dari Asma’ -radhiallahu anha- dia berkata:

جَاءَتْ امْرَأَةٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِحْدَانَا يُصِيبُ ثَوْبَهَا مِنْ دَمِ الْحَيْضَةِ كَيْفَ تَصْنَعُ بِهِ قَالَ تَحُتُّهُ ثُمَّ تَقْرُصُهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ تَنْضَحُهُ ثُمَّ تُصَلِّي فِيهِ

“Seorang perempuan datang menemui Nabi -shallallahu ‘alaihi wasallam- seraya berkata, “Pakaian salah seorang dari kami (wanita) terkena darah haid, apa yang harus dia lakukan?” Beliau menjawab, “Keriklah darah itu (terlebih dahulu), kemudian bilaslah dia dengan air, kemudian cucilah ia. Setelah itu (kamu boleh) memakainya untuk shalat.” (HR. Al-Bukhari no. 330 dan Muslim no. 291)

Dari Abdullah bin Umar t beliau berkata:

أُحِلَّتْ لَكُمْ مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ فَالْحُوتُ وَالْجَرَادُ وَأَمَّا الدَّمَانِ فَالْكَبِدُ وَالطِّحَالُ

“Telah dihalalkan buat kalian dua jenis bangkai dan dua jenis darah: Kedua jenis bangkai adalah bangkai ikan dan bangkai belalang, sedangkan kedua jenis darah adalah hati dan limpa.” (HR. Al-Baihaqi: 1/254)

Hadits ini walaupun mauquf dari Ibnu Umar, akan tetapi mempunyai hukum marfu’, yakni sama saja kalau Nabi yang mengucapkannya. Kerana ucapan sahabat, “Dihalalkan untuk kami …,” maksudnya adalah: Yang menghalalkan hal itu adalah Nabi -alaihishshalatu wassalam-.

Ash-Shan’ani berkata dalam Subul As-Salam (1/25), “Jika sudah jelas hadits ini mauquf maka ketahuilah bahwa hukumnya adalah marfu’, kerana ucapan seorang sahabat, “Dihalalkan untuk kami ini dan diharamkan untuk kalian ini,” sama hukumnya dengan ucapannya, “Beliau memerintahkan kami dan melarang kami.” Kerananya boleh berhujjah/berdalil dengan hadits mauquf semacam ini.
Ucapan Ibnu Umar ini diriwayatkan secara marfu’ dengan sanad yang mungkar, dan yang benarnya hadits ini mauquf atas Ibnu Umar sebagaimana yang ditetapkan oleh Abu Zur’ah, Abu Hatim, Ad-Daraquthni, dan selainnya -rahimahumullah-.

Penjelasan Fiqh

Darah dalam pembahasan fiqh ada beberapa jenis:

1. Darah haid. Ianya adalah najis berdasarkan kesepakatan para ulama. Di antara dalil yang menunjukkan najisnya adalah hadits Asma` di atas dan juga hadits Ummu Qais bintu Mihshan dia berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah tentang pakaian yang terkena darah haid. Maka beliau menjawab, “Keriklah dia dengan kayu dan cucilah ia dengan air dan daun bidara.” (HR. Ahmad no. 1570)
Imam Asy-Syaukani berkata dalam Nail Al-Authar (1/58), “Ketahuilah bahawa darah haid adalah najis berdasarkan kesepakatan kaum muslimin, sebagaimana yang dikatakan oleh An-Nawawi.”

2. Darah nifas. Hukumnya sama seperti darah haid berdasarkan ijma’ di kalangan ulama. Ijma’ ini dinukil oleh Ibnu Qudamah dalam Asy-Syarh Al-Kabir (1/157) dan Asy-Syirbini dalam Mughni Al-Muhtaj (1/120). Kerana, sebagaimana darah haid, darah nifas juga najis dan tidak ada dalil yang mengecualikannya dari ijma’ di atas.

3. Darah istihadhah. Darah istihadhah adalah suci kerana wanita yang terkena istihadhah tetap wajib mengerjakan solat berdasarkan kesepakatan ulama. Ibnu Jarir dan selainnya menukil ijma’ ulama akan bolehnya wanita yang terkena istihadhah untuk membaca Al-Qur`an dan wajib atasnya untuk mengerjakan semua kewajiban yang dibebankan kepada wanita yang suci. Lihat nukilan ijma’ lainnya dalam Al-Majmu’ (2/542), Ma’alim As-Sunan (1/217).

4. Darah yang mengalir, baik darah manusia mahupun binatang. Dia adalah darah yang keluar dari urat ketika terluka atau terhiris benda tajam.

Ada dua pendapat di kalangan ulama akan hukumnya:

1. Dia najis. Ini merupakan mazhab Imam Empat, namun mereka berpendapat bahawa darah yang jumlahnya sedikit boleh dimaafkan, walaupun mereka berbeza pendapat mengenai ukuran sedikit tersebut. Bahkan sebagian ulama ada yang menukil adanya ijma’ akan najisnya darah yang mengalir, di antaranya: Imam Ahmad -sebagaimana dalam Syarh Al-Umdah Ibnu Taimiah (1/105), Ibnu Hazm dalam Maratib Al-Ijma’ hal. 19, An-Nawawi dalam Al-Majmu’ (2/511), Al-Qurthubi dalam Tafsirnya (2/222), dan Ibnu Hajar dalam Fath Al-Bari (1/352)

Di antara dalil mereka surah Al-An’am yang tersebut di atas, mereka mengatakan bahwa kata ‘rijs’ bermakna najis. Dan juga mengkiaskan darah yang mengalir kepada darah haid.

2. Hukumnya suci. Ini adalah pendapat yang dikuatkan oleh Imam Asy-Syaukani dalam Ad-Durari Al-Madhiyah (1/26) dan Shiddiq Hasan Khan dalam Ar-Raudhah An-Nadiyah (1/81). Di antara dalil-dalil mereka adalah:

  • a. Nabi -alaihishshalatu wassalam- beserta para sahabat beliau sangat sering melakukan jihad, dan sudah dimaklumi bahwa orang yang berjihad itu pasti sering terluka. Akan tetapi bersamaan dengan itu, tidak ada satupun perintah dari syariat yang memerintahkan mereka untuk mencuci darah mereka yang mengucur. Tatkala tidak ada nash yang shahih lagi tegas yang menunjukkan hal tersebut maka dari sini diketahui bahwa darah adalah suci.
  • b. Orang yang mati syahid tidak dimandikan, bahkan dia dikuburkan bersama pakaian dan darahnya. Maka ini dalil yang sangat tegas menunjukkan sucinya darah, kerana tidak dibenarkan seorang muslim membiarkan saudaranya terkena bahkan diliputi oleh najis, baik dia dalam keadaan hidup maupun telah meninggal. Maka seandainya darah itu najis niscaya syariat yang mulia akan memerintahkan untuk membersihkannya terlebih dahulu sebelum dikubur.
  • c. Nabi -alaihishshalatu wassalam- mengizinkan para sahabat yang terluka dan juga para wanita yang mengalami istihadhah untuk masuk ke dalam masjid. Seandainya darah itu najis maka tidak mungkin Nabi -alaihishshalatu wassalam- membiarkan mereka masuk ke masjid kerana berisiko mengotori masjid dengan darah yang najis. Di antara dalil yang menunjukkan hal ini adalah hadits Aisyah riwayat Al-Bukhari no. 563 dan Muslim no. 1769 dimana Nabi -alaihishshalatu wassalam- membuatkan khemah di dalam masjid bagi Sa’ad bin Muaz yang tengah terluka agar beliau boleh sering menjenguknya. Kerananya mengkiaskan darah yang mengalir kepada darah istihadhah (dan dia bukan najis), itu lebih tepat daripada mengkiaskannya dengan darah haid. Kerana darah yang mengalir dan darah istihadhah sama-sama keluar dari urat yang pecah, sementara darah haid keluarnya dari rahim.
  • d. Nabi -alaihishshalatu wassalam- bersabda, “Sesungguhnya mukmin itu bukanlah najis.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah). Jika bangkai manusia itu suci maka darahnya pun juga suci sebagaimana ikan.
Tarjih:

Insya Allah yang rajih dalam masalah ini adalah pendapat yang kedua yang menyatakan bahwa darah yang mengalir bukanlah najis, berdasarkan semua dalil yang disebutkan di atas. Di antara yang merajihkan pendapat ini dari kalangan muta`akhkhirin adalah Asy-Syaikh Al-Albani dan Asy-Syaikh Ibnu Al-Utsaimin -rahimahumallah-. Adapun ayat yang dijadikan dalil oleh pendapat pertama maka boleh dijawab dari dua sisi:
  
1. Ayat itu hanya menjelaskan haramnya memakan darah yang mengalir, sementara pengharaman sesuatu tidaklah melazimkan najisnya sesuatu tersebut. Ganja dan rokok sudah jelas haramnya, akan tetapi tidak ada ulama yang mengatakan kalau daun ganja dan tembakau itu najis

2. Kata ‘rijs’ dalam syariat boleh bermakna najis aini (zatnya) tapi boleh juga bermakna najis ma’nawi (sifatnya) tapi bukan najis aini. Allah Ta’ala berfirman tentang kaum munafikin, “Berpalinglah kalian darinya kerana sesungguhnya mereka adalah rijs,” (QS. At-Taubah: 95) yakni najis kekafirannya tapi tidak kafir tubuhnya. Semisal dengannya ayat 33 dari surah Al-Ahzab.
Adapun nukilan ijma’ maka mungkin yang dimaksudkan adalah ijma’ ulama mazhab ataukah dikatakan bahwa para ulama ini menukil ijma’ berdasarkan nukilan ijma’ dari ulama yang lainnya, yakni mereka saling menukil satu sama lain.
[Lihat juga Shahih Fiqh As-Sunnah: 1/77-79]

5. Atsar Ibnu Umar di atas menunjukkan halal dan sucinya bangkai ikan dan belalang serta halal dan sucinya darah yang terdapat pada hati dan limpa. Sucinya darah hati dan limpa berdasarkan ijma’ di kalangan ulama, sebagaimana yang dinukil oleh An-Nawawi dalam Al-Majmu’ (2/578) dan selainnya.

Wallahu a’lam

Sumber : http://al-atsariyyah.com
daripada Ust. Abu Muawiah

Posted on Sunday, October 24, 2010 by Qalam Sufi

No comments