SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH TAALA

Sifat yang wajib bagi ALLah Taala bermaksud Zat ALLah Taala bersifat dengan sifat tersebut, dan memang ALLah Taala bersifat dengan sifat tersebut dan akal serta bukti kewajaran kejadian menolak ALLah Taala tidak bersifat dengan sifat tersebut.


Sifat yang wajib bagi ALLah Taala sangat banyak dan bilangannya tidak terhingga hingga tidak terfikir lagi oleh akal manusia. Adakah kenyataan penulis ini mahu dibantah?


Mengapa penulis mengatakan sifat yang wajib bagi ALLah Taala itu tidak akan habis diperkatakan? Mudah sahaja analogi jawabannya (sebenarnya ia adalah hakikat bukan sahaja analogi). Tuhan seharusnya sempurna tuntas total. Maka jika dikatakan Tuhan itu bersifat dengan sifat yang wajib bagiNya, maka wajar dari ALLsegi kejadian dan akal norma Tuhan sifat yang wajib itu tidak habis dibilang. Ertinya sifat yang wajib itu tidaklah habis untuk diperkatakan. Dan jika sifat yang wajib itu habis atau ada batasan, maka lemahlah ALLah Taala itu kerana terhad sifatNya. Yang tehad sifatnya adalah makhluk bukan Tuhan.

Namun ALLah Taala telah menjelaskan di dalam al-Quran, sifat wajib bagi ALLah Taala ini yang wajib diketahui hanya dua puluh sifat sahaja. Ia adalah sesuai dengan akal norma manusia yang Kulli yakni umum. Sifat yang wajib bag ALLah itu ialah Ujud (Ada), Qidam (Sedia), Baqa (Kekal), Mukhalafatuhulilhawadith (Bersalahan hakikat dengan yang baharu), Qiamuhubinafsih (Berdiri dengan sendiri), Wahdaniah (Esa), Qudrah (Berkuasa), Iradah (Menentukan), Ilmu (Mengetahui), Hayah (Hidup), Sama’ (Mendendengar), Basar (Melihat), Kalam (Berkata-kata), Kaunuhu Qadiran (Keadaan Yang Berkuasa), Kaunuhu Muridan (Keadaan Yang Menentukan), Kaunuhu ‘Aaliman (Keadaan Yang Mengetahui), Kaunuhu Hayyan (Keadaan Yang Hidup), Kaunuhu Sami’an (Keadaan Yang Mendengar), Kaunuhu Basiran (Keadaan Yang Melihat) dan Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan Yang Berkata-kata).

SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH TAALA

Sifat yang mustahil bermaksud Zat ALLah Taala tidak bersifat dengan sifat tersebut, memang tidak bersifat dengan sifat tersebut dan akal serta kewajaran norma menolak ALLah Taala bersifat dengan sifat tersebut.


Namun harus difahami bahawa bukanlah bermaksud ujud sifat yagn mustahil itu. Kemudian bercerai sifat yagn mustahil itu dari Zat ALLah Taala, lalu ALLah Taala tidak bersifat dengannya. Salah jika difahami ujud sifat buta, kemudian sifat buta itu bercerai dengan Zat, lalu Zat tidak bersifat buta. Maka yang benar ialah ALLah Taala bersifat dengan sifat yang wajib, dan lawan sifat yang wajib itu tiada bagi Zat ALLah Taala. Ertinya ALLah Taala itu Melihat dan lawannya ialah buta, dan tiada ujud sifat buta itu sama sekali.


Sifat yang mustahil bagi ALLah Taala adalah lawan bagi sifat wajib. Maka apabila ia lawan sifat wajib ia juga tiada batas bilangannya.


Sifat yang mustahil bagi ALLah Taala ialah tiada, baharu, binasa, bersamaan dengan baharu, bergantung ujud dengan yang lain, berbilang, lemah, terpaksa, bodoh, mati, pekak, buta dan bisu, seterusnya beerkeadaan lemah, terpaksa, bodoh, mati, pekak, buta dan bisu.

SIFAT YANG HARUS BAGI ALLAH TAALA


Adapun sifat yang harus bagi ALLah Taala adalah satu sahaja iaitu samada ia mahu mencipta alam yang baharu ini atau tidak mahu menciptanya.


Ertinya sifat yang harus ini adalah pilihan ALLah Taala secara mutlak mengikut sifat ilmuNya yang tiada terbatas pada masa lalu, masa ini dan masa hadapan. Maka dengan ilmuNya diketahuiNya samada mahu dijadikan atau tidak alam ini.


Maka alam ini dengan segala isinya telah ujud atas kehendak ALLah Taala sendiri. Hukum ALLah Taala mencipta alam adalah harus tanpa dipaksa atau terpaksa, atau tanpa dengan kepentingan tertentu.

sumber : http://shahil.wordpress.com/2009/01/18/sifat-yang-wajib-yang-mustahil-dan-yang-harus-bagi-allah-taala/