Sanad atau isnad secara bahasa artinya sandaran.Sanad membawa maksud secara khusus bacaan Al-Quran seseorang mesti sampai kepada bacaan gurunya sehingga khatam Al-Quran secara sempurna 30 juzu' dengan persyaratan sanad yang ketat, seterusnya guru tersebut pernah mengambil bacaan secara bersanad dari guru sebelumnya sehingga berterusan tanpa putus bacaan secara bersanad guru dan guru sebelumnya sehingga kepada bacaan para sahabat r.anhum secara talaqqi musyafahah mengambil bacaan dari kekasih Allah SWT iaitu Rasulullah SAW.


Pada zaman ini, kepesatan ilmu seiring dengan fitnah yang berleluasa, setiap ilmu mesti ada ambilan yang benar,sanad menjaga ketulenan bacaan yang asal.Bacaan mesti tepat dan ditahqiqkan(dibenarkan) oleh guru.Ini dibuktikan dengan adanya dokumen bertulis (yang digelar ijazah sanad) yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar sehingga sampai kepada Rasulullah SAW,rangkaian nama-nama guru berturutan yang menjaga amanah dari zaman sahabat sehingga penama akhir sanad ialah guru yang mengajar kita.


Kemestian guru akan mendengar bacaan Al-Quran secara talaqqi dan musyafahah keseluruhan kesemua 30 juzu' Al-Quran dari awal surah Al-Fatihah hingga surah terakhir surah An-Nas.Ini adalah termasuk persyaratan ketat.Bacaan menyamai guru dan diperakui kelayakan mereka dalam ketepatan bacaan al-Quran oleh Qurra yang lain. Ijazah tersebut akan menyatakan Qiraat, Riwayat dan Turuq sesuatu bacaan yang diijazahkan kepada muridnya.


Apakah Itu Talaqqi Musyafahah?


Talaqqi Musyafahah bermaksud mempelajari setiap sebutan dan memperhatikan bacaan Al-Quran terus dari mulut guru.Seseorang akan membaca dan guru menyaksikan bacaan tersebut secara terus dari mulut murid dan akan membetulkan bacaan murid atau guru akan membaca secara tahqiq atau tartil dihadapan  murid mengikut bacaan tersebut. Guru tersebut mestilah seorang yang pernah mempelajari dan membaca dihadapan guru sebelumnya yang terus menerus tidak putus hingga kepada penerima wahyu pertama Rasulullah SAW yang kemudiannya diperakui dengan penganugerahan sanad.



Pembelajaran bacaan Al-Quran umpama "copy and paste".Meniru bacaan guru 100% tanpa syak dan membaca dihadapan guru surah demi surah sehingga selesai. Kekuatan pembelajaran Al-Quran secara bersanad tidak dapat diragui kerana memupuk sikap berhati-hati dalam penjagaan bacaan terbukti dari dulu lagi.Ulama' silam menitikberatkan pengambilan sesuatu ilmu,terutama ilmu yang sebesar-besarnya iaitu ilmu berkaitan Al-Quran.


Pembelajaran bacaan Al-Quran terbahagi kepada dua, bacaan secara lihat mushaf Al-Quran dan bacaan tanpa melihat(hafazan) mushaf Al-Quran.Untuk mempunyai sanad  Al-Quran 'Ali(tinggi) mesti sanad tersebut dibaca dihadapan guru secara hafazan keseluruhan 30 juzu' dari guru yang mempunyai jaluran sanad hafazan, sekurang-kurangnya satu qiraat dari bacaan Imam Hafs r.a mengambil bacaan dari gurunya Imam 'Asim r.a. Sanad rendah ialah sanad melihat mushaf ketika membaca dihadapan guru sehingga khatam. Ada juga guru- guru menamakan sanad ini sebagai sanad rendah atau sanad "B", sanad hafazan sebagai sanad tinggi atau sanad "A".Sanad rendah diketegorikan sebagai sanad bacaan yang mampu diambil oleh orang awam kerana dapat melihat mushaf Al-Quran,cuma persyaratan yang ketat perlu diletakkan seperti tidak tidur di dalam kelas semasa proses talaqqi musyafahah, menjaga adab dengan guru, berakhlak baik lagi terpuji dan berazam meneruskan penyampaian legasi bacaan Al-Quran secara bersanad kepada masyarakat awam. 



Penganugerahan bacaan bersanad oleh guru kepada murid mempunyai pelbagai pendapat dikalangan Qurra',ini kerana hendak mengelakkan fitnah  bacaan Al-Quran itu sendiri dikalangan masyarakat awam.Ada yang meletakkan syarat-syarat ketat hanya penghafal Al-Quran sahaja yang layak mendapat sanad Al-Quran.Ada juga Qurra' berpandangan bacaan murid secara melihat mushaf yang cemerlang tanpa hafazan juga layak dianugerahkan sanad. Pengijazahan sanad dikalangan orang awam adalah semata-mata rahmat dari Allah SWT kepada manusia untuk mendalami pelajaran Al-Quran.



Sumber : Al-Fadhil Ust Amin Bin Shahidan Hafizahullahu, pemegang sanad Al-Quran.