Purdah itu tiada kena mengena dengan islam dan tidak wajib dipraktikkan lagi.
Ini adalah satu jawapan kepada syubhat dan fitnah yang timbul lantaran kenyataan Shaikh al-Azhar, Mohamad Tantawi, dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa purdah/niqab/menutup wajah tiada kaitan dengan Islam.
Bacalah dan telitilah. Dan jangan menelan bulat-bulat kata-kata kedua-dua tokoh ini. Sesungguhnya kebenaran lebih kita cintai daripada tokoh-tokoh mana sekalipun. Berhati-hati! Jangan kita menjadi penghina pakaian yang dipakai oleh ibu-ibu wanita beriman iaitu isteri-isteri Rasulullah SAW.Disini bukan ingin memburukkan atau merendahkan ulama-ulama, namun perlu kita tahu, mereka juga insan biasa yang sering melakukan kesilapan. kerana mereka bukanlah para nabi.
Dalam masalah ini, para ulama berbeza pendapat. Sebahagian mengatakan wajib, yang lain menyatakan tidak wajib, namun merupakan keutamaan. Maka di sini -insya Allah- akan kami sampaikan hujjah masing-masing pendapat itu, sehingga masing-masing pihak dapat mengetahui hujjah (argumen) pihak yang lain, agar saling memahami pendapat yang lain.
DALIL YANG MEWAJIBKAN
1. Firman Allah subhanahu wa ta'la ;
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka.” (QS. An Nur: 31)
Allah ta'ala memerintahkan wanita mukmin untuk memelihara kemaluan mereka, hal itu juga mencakupi perintah melakukan jalan-jalan untuk memelihara kemaluan. Ini kerana menutup wajah termasuk jalan untuk memelihara kemaluan, maka juga diperintahkan, kerana jalan/wasilah memiliki hukum tujuan. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).
2. Firman Allah subhanahu wa ta'ala ;
وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripada mereka.” (QS. An Nur: 31)
Ibnu Mas'ud berkata tentang perhiasan yang (biasa) nampak daripada wanita: "(iaitu) pakaian" (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al Adawi, Jami’ Ahkamin Nisa' IV/486). Dengan demikian yang boleh nampak daripada wanita hanyalah pakaian, kerana memang tidak mungkin disembunyikan.
3. Firman Allah subhanahu wa ta’ala ;
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. An Nur: 31)
Berdasarkan ayat ini wanita wajib menutupi dada dan lehernya, maka menutup wajah lebih wajib! Ini kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yang bijaksana ini memerintahkan wanita menutupi dada dan lehernya, tetapi membolehkan membuka wajah? (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7-8, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).
4. Firman Allah subhanahu wa ta’ala:
وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَايُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ
“Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (QS. An Nur: 31)
Firman Allah subhanahu wa ta’ala: Allah melarang wanita menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasannya yang dia sembunyikan, seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana dikhuatiri lelaki akan tergoda gara-gara mendengar bunyi gelang kakinya atau semacamnya. Maka godaan yang ditimbulkan kerana memandang wajah wanita cantik, apalagi yang dihias, lebih besar daripada sekadar mendengar suara gelang kaki wanita. Sehingga wajah wanita lebih wajar untuk ditutup untuk menghindari kemaksiatan. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 9, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul Qasim)
5. Firman Allah subhanahu wa ta'ala;
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ اللاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (daripada haid dan mengandung) yang tiada ingin khawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur: 60)
Wanita-wanita tua dan tidak ingin kahwin lagi ini diperbolehkan menanggalkan pakaian mereka. Ini bukan bererti mereka kemudian telanjang. Tetapi yang dimaksud dengan pakaian di sini adalah pakaian yang menutupi seluruh badan, pakaian yang dipakai di atas baju, yang baju wanita umumnya tidak menutupi wajah dan telapak tangan. Ini bererti wanita-wanita muda dan berkeinginan untuk kahwin mesti menutupi wajah mereka. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 10, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).
Abdullah bin Mas'ud dan Ibnu Abbas berkata tentang firman Allah "Tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka." (QS An Nur:60): "(Iaitu) jilbab". (Kedua riwayat ini dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/523)
Dari 'Ashim Al-Ahwal, dia berkata: "Kami menemui Hafshah binti Sirin, dan dia telah mengenakan jilbab seperti ini, iaitu dia menutupi wajah dengannya. Maka kami mengatakan kepadanya: "Semoga Allah merahmati anda, Allah telah berfirman,
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ
"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (daripada haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60)
Yang dimaksud adalah jilbab. Dia berkata kepada kami: "Apa firman Allah setelah itu?" Kami menjawab:
وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"Dan jika mereka berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha .” (QS. An-Nur: 60)
Dia mengatakan, "Ini menetapkan jilbab." (Riwayat Al-Baihaqi. Lihat Jami' Ahkamin Nisa(IV/524)
6. Firman Allah subhanahu wa ta'ala ;
غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ
“Dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60)
Ini bererti wanita muda wajib menutup wajahnya, kerana kebanyakan wanita muda yang membuka wajahnya, berkehendak menampakkan perhiasan dan kecantikan, agar dilihat dan dipuji oleh lelaki. Wanita yang tidak berkehendak seperti itu jarang, sedang perkara yang jarang tidak dapat dijadikan sandaran hukum. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 11, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al- 'Utsaimin, penerbit: Darul Qasim).
7. Firman Allah subhanahu wa ta’ala:
يَآأَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59)
Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, "Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja." (Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/513)
Qatadah berkata tentang firman Allah ini (QS. Al Ahzab: 59), "Allah memerintahkan para wanita, jika mereka keluar (rumah) agar menutupi alis mereka, sehingga mereka mudah dikenali dan tidak diganggu." (Riwayat Ibnu Jarir, dihasankan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/514)
Diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, "Wanita itu menghulurkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya." (Riwayat Abu Dawud, Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan: Hasan Shahih. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/514)
Abu 'Ubaidah As-Salmani dan lainnya mempraktikkan cara menghulurkan jilbab itu dengan selendangnya, iaitu menjadikannya sebagai kerudung, lalu dia menutupi hidung dan matanya sebelah kiri, dan menampakkan matanya sebelah kanan. Lalu dia menghulurkan selendangnya dari atas (kepala) sehingga dekat ke alisnya, atau di atas alis. (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/513)
As-Suyuthi berkata, "Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini terdapat dalil kewajipan menutup kepala dan wajah bagi wanita." (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 51, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).
Perintah menghulurkan jilbab ini meliputi menutup wajah berdasarkan beberapa dalil:
1. Makna jilbab dalam bahasa Arab adalah: Pakaian yang luas yang menutupi seluruh badan. Sehingga seorang wanita wajib memakai jilbab itu pada pakaian luarnya daripada hujung kepalanya turun sampai menutupi wajahnya, segala perhiasannya dan seluruh badannya sampai menutupi kedua hujung kakinya.
2. Yang biasa nampak pada sebahagian wanita jahiliah adalah wajah mereka, lalu Allah perintahkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam serta isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. Kata idna' (pada ayat tersebut يُدْنِينَ -ed) yang ditambahkan huruf (عَلَي) mengandungi makna menghulurkan dari atas. Maka jilbab itu diulurkan dari atas kepala menutupi wajah dan badan.
3. Menutupi wajah, baju, dan perhiasan dengan jilbab itulah yang difahami oleh wanita-wanita
sahabat.
4. Dalam firman Allah: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu", merupakan dalil kewajipan hijab dan menutup wajah bagi isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, tidak ada perselisihan dalam hal ini di antara kaum muslimin. Sedangkan dalam ayat ini isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam disebutkan bersama-sama dengan anak-anak perempuan beliau serta isteri-isteri orang mukmin. Ini bererti hukumnya mengenai seluruh wanita mukmin.
5. Dalam firman Allah: "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu." Menutup wajah wanita merupakan tanda wanita baik-baik, dengan demikian tidak akan diganggu. Demikian juga jika wanita menutupi wajahnya, maka lelaki yang rakus tidak akan berkeinginan untuk membuka anggota tubuhnya yang lain. Maka membuka wajah bagi wanita merupakan sasaran gangguan dari lelaki nakal/jahat. Maka dengan menutupi wajahnya, seorang wanita tidak akan memikat dan menggoda lelaki sehingga dia tidak akan diganggu.
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 52-56, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).
8. Firman Allah subhanahu wa ta’ala:
لاَّ جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي ءَابَآئِهِنَّ وَلآ أَبْنَآئِهِنَّ وَلآ إِخْوَانِهِنَّ وَلآ أَبْنَآءِ إِخْوَانِهِنَّ وَلآ أَبْنَآءِ أَخَوَاتِهِنَّ وَلاَ نِسَآئِهِنَّ وَلاَ مَامَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ وَاتَّقِينَ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدًا
“Tidak ada dosa atas isteri-isteri Nabi (untuk berjumpa tanpa tabir) dengan bapak-bapak mereka, anak-anak lelaki mereka, saudara lelaki mereka, anak lelaki dari saudara lelaki mereka, anak lelaki dari saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan yang beriman dan hamba sahaya yang mereka miliki, dan bertakwalah kamu (hai isteri-isteri Nabi) kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab: 55)
Ibnu Katsir berkata, "Ketika Allah memerintahkan wanita-wanita berhijab dari lelaki asing (bukan mahram), Dia menjelaskan bahawa (para wanita) tidak wajib berhijab dari kaum kerabat ini." Kewajipan wanita berhijab dari lelaki asing adalah termasuk menutupi wajahnya.
9. Firman Allah subhanahu wa ta'ala ;
وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَسْئَلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ
“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah daripada belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (QS. Al Ahzab: 53)
Ayat ini jelas menunjukkan wanita wajib menutupi diri dari lelaki, termasuk menutup wajah, yang hikmahnya adalah lebih menjaga kesucian hati wanita dan hati lelaki. Sedangkan menjaga kesucian hati merupakan keperluan setiap manusia, iaitu tidak khusus bagi isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat saja, maka ayat ini umum, berlaku bagi para isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan semua wanita mukmin. Setelah turunnya ayat ini maka Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam menutupi isteri-isteri beliau, demikian para sahabat menutupi isteri-isteri mereka, dengan menutupi wajah, badan, dan perhiasan. (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal: 46-49, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).
10. Firman Allah subhanahu wa ta'ala
يَانِسَآءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَآءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفًا {32} وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَتَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلأُوْلَى وَأَقِمْنَ الصَّلاَةَ وَءَاتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
“Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik. dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ta’atilah Allah dan Rasul-Nya.Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (QS. Al Ahzab: 32-33)
Ayat ini ditujukan kepada para isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tetapi hukumnya mencakupi wanita mukmin, kerana sebab hikmah ini, iaitu untuk menghilangkan dosa dan membersihkan jiwa sebersih-bersihnya, juga mengenai wanita mukmin. Dari kedua ayat ini didapatkan kewajipan hijab (termasuk menutup wajah) bagi wanita dari beberapa sisi:
1. Firman Allah: "Janganlah kamu tunduk dalam berbicara" adalah larangan Allah terhadap wanita untuk berbicara secara lembut dan merdu kepada lelaki. Ini kerana hal itu akan membangkitkan syahwat zina lelaki yang diajak bicara. Tetapi seorang wanita mestilah berbicara sesuai keperluan dengan tanpa memerdukan suaranya. Larangan ini merupakan sebab-sebab untuk menjaga kemaluan, dan hal itu tidak akan sempurna kecuali dengan hijab.
2. Firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu" merupakan perintah bagi wanita untuk selalu berada di dalam rumah, menetap dan merasa tenang di dalamnya. Maka hal ini sebagai perintah untuk menutupi badan wanita di dalam rumah dari lelaki asing.
3. Firman Allah: "Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu" adalah larangan terhadap wanita dari banyak keluar dengan berhias, memakai minyak wangi dan menampakkan perhiasan dan keindahan, termasuk menampakkan wajah.
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 39-44, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit, Darul 'Ashimah).
.............sambungan pada bahagian 2.................
Friday, May 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
jom dekati Allah lagi....
qalam sufi
Pemilik Blog
Perhatian!
Kata Hikmah
Post Terkini
Popular Posts
-
Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh, kepada pembaca yang budiman, sebelum membaca artikel ini elok ana berpesan dahulu, mungkin art...
-
Nyamuk Sebagaimana yang telah disebutkan, dalam banyak ayat Al Quran Allah memerintahkan manusia untuk memperhatikan alam dan melihat “tan...
-
Sanad atau isnad secara bahasa artinya sandaran.S anad membawa maksud secara khusus bacaan Al-Quran seseorang mesti sampai kepada bacaa...
-
Pada asasnya pemakaian gelang hukumnya harus sahaja, selagi mana ianya bertujuan untuk kebaikan dan tidak mendatangkan maksiat dan fitnah. ...
-
Purdah itu tiada kena mengena dengan islam dan tidak wajib dipraktikkan lagi. Ini adalah satu jawapan kepada syubhat dan fitnah yang timbul ...
-
Tentu saja di kalangan kita masih tertanya-tanya bolehkah kita memberitahu aurat kita pada yang bukan mahram atau mungkin ada yang tidak tah...
-
SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH TAALA Sifat yang wajib bagi ALLah Taala bermaksud Zat ALLah Taala bersifat dengan sifat tersebut, dan meman...
-
Assalamualaikum Warohmatullah hiwabarokatuh buat pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ana yang tak seberapa ini....ana am...
-
Diantara tuduhan yang dilontarkan kepada kaum Sufi, bahawa dalam tasawuf, seorang Sufi itu tidak mau syurga dan tidak takut neraka. Padaha...
-
Ka’bah iaitu rumah Allah di mana sejuta ummat muslim rindu untuk berkunjung dan menjadi tetamu Allah Sang Maha Pencipta. Kiblatnya (arah)...
Carian Anda
- Alunan Al-Quran
- Bacaan Al-Quran
- Fotografi
- hikmah
- Hikmah
- Hukum hakam islam
- islam dan sains
- Jihad Fisabilillah
- Kebesaran Allah
- Kisah Tauladan
- Kitab
- mawar berduri
- Menginsafkan
- Persoalan
- Rintihan si sufi
- Sedarlah Wahai Insan
- Senjata Mukmin 'Doa'
- Sirru Asrar
- Solat
- Tahukah Anda??
- Tariqat
- Tasawuf
- Tauhid
- ulum al-Quran
- Usul Fikh
Saya rasa memakai burqa itu tak wajib.. MEngapa Antum bilang itu wajib? sedangkan udah jelas Qs. an-Nuur 31, adalah takhshis hanya kewajiban menutup aurat saja... Bila kita teliti mentabayyun ayat tsb, akan berbeda redaksi ayatnya dengan Hadits ini "Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (HR: Bukhari & Muslim). Menurut saya memakai burqa itu tak wajib berdasarkan hadits itu karna dengan gamlang dijelaskan oleh Rasulullah bahwa wajah bukan merupakan aurat. Mengenai ayat ini "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah daripada belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (QS. Al Ahzab: 53) ayat tsb hanya di khususkan hanya kepada istri Nabi. Sedangkan bila hal tersebut di taqlifkan thd para muslimah maka hukumnya adalah mubah. Lalu mengapa antum menghukuminya mjdi wajib?? Padahal istri nabi adalah tidak makshum(terbebas) dari kesalahan2 yg dibuatnya?? Jdi menurut saya terlalu berlebihan jika ayat tsb ditafsiri mengenakan burqa mjdi wajib, sedangkan ayat2 tsb diatas sama sekali ga ada hubungannya dengan perintah mengenakan cadar itu wajib bagi muslimah. DAn juga tidak dapat dikatakan bahwa, seruan kepada istri2 Rasul juga merupakan seruan bagi para muslimah laiinya. Sebab kaidah " seruan kepda individu terntentu juga merupakan sreruan kepada seluruh kamu mukmin", hanya khusus seruan kepada Rasulullah. Kaidah tsb tidak mencakup seruan kepada istri2 beliau. Jadi, seruan kepada Rasulullah adalah seruan kepada kaum muslim keseluruhan. Sedangkan seruan kepada istri2 nabi hanya khusus untuk mereka asaja. Sebab Rasulullah merupakan sosok yang wajib diteladani baik perkataan, perbuatan, juga diam persetujuan beliau SAW selama tidak termasuk kekhususan bagi beliau. Sedangkan istri2 Rasul SAW bukan objek yg wajib dijadikan teladan. KArna Allah berfirman"Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah suri tauladan yg baik bagi kalian(Qs. al-Ahzab[33]: 21). Istri2 Rasulullah tidak boleh dijadikan teladan yg wajib diikuti. Dalam arti melakukan suatu perbuatan dikarenakan mreka melakukannya atau menghiasi diri dengan sifat tsb. Akan tetapi itu hanya khusus thd Rasul SAW karena beliau tdak mengikuti melainkan berasal dari wahyu..
ReplyDeleteMereka tidak terjaga kekesuciannya artinya mereka tidak makshum dari kesalahan2 mereka. Terbukti ayat ttg cadar turun kpda mereka, berarti mereka itu sama kahalayak manusia biasa, yg tidak pernah lepas dari kesalahan.
Klo tidak mengenakan cadar akan timbul fitnah, maka yg jadi pertanyaan fitnah yg seperti apa??
Klo menjdikan pandangan liar para lelaki itu dijadikan hujjah untuk menggeneralisir itu adalah fitnah, Itu adalah pendapat dari akal manusia saja. Tidak ada nash Syar'i baik dari al-Qur'an, Sunnah, Ijma', maupun qiyas yg secara gamblang menjelaskannya.
pemakain purdah memang tak wajib,,,salah tafsir ni kalau kata pakai purdah itu wajib
ReplyDeleteThank's Infonya Bray .. !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id