Kita di sunatkan minta mati syahid dan meninggal pada salah satu tanah suci Makkah dan Madinah.

Hafsah r.anha meriwayatkan Umar r.a. berdoa,

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ شَهَادَةً فِىْ سَبِيْلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِيْ فِى بَلَدِ رَسُوْلِكَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Yakni: Ya Allah, ya Tuhanku! Kurnikanlah aku mati syahid pada jalanMu, dan biarlah kematianku berlaku pada negeri RasulMu s.a.w.!-

Maka berkata Siti Hafshah kepada ayahnya: Apakah ini boleh berlaku? Jawab Umar: Jika dikehendaki Allah, semuanya akan berlaku

Sejarah menunjukkan Saidina Umar r.a. mati syahid akibat dibunuh oleh Abu Lu’luah, seorang Majusi kerana ditikam 6 kali sewaktu menjadi imam ketika solat di Masjid Nabawi. Dan juga kita tahu bahawa jenazah Saidina Umar r.a. di semadikan berjiran dengan makam Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah telah mengurniakan kedua-duanya permintaan Saidina Umar r.a.

Nasib kita belum tentu. Setiap yang hidup akan berdepan dengan kematian pada suatu masa nanti. Daripada mati kerana sebab-sebab lain, lebih BAIK mati syahid dalam membela agama Islam.

Rasanya eloklah kita juga berdoa seperti yang didoakan oleh Saidina Umar r.a. seperti disebutkan di atas, iaitu Ya Allah, kurnialah kami mati syahid dalam membela agamaMu, dan tempatkan kematian kami itu di negeri Rasulmu s.a.w.

Ya Allah, kurniakanlah permintaan kami yang banyak dosa ini dan masih bermain-main dalam berdakwah. Amin.

Wallahu'alam

sumber: pondok al-bakriah