Apabila dilihat gambar ini, kita tidak menolak kemungkinan bahawa gambar ini di'edit. Saya akan ajukan pandangan saya, apa sebenarnya tujuan Amerika mengatakan Osama telah mati?


Osama difitnah sebagai perancang perstiwa 11 september. Padahal, kajian membuktikan bahwa tidak mungkin orang Islam yang melakukan perkara itu kerana orang Islam tidak mampu melakukan perkara seperti itu, disamping Islam tidak mengajar kelakuan ganas seperti itu. Banggunan itu sebenarnya diruntuhkan sendiri oleh Amerika untuk menfitnah Osama sebagai terrorist, yakni menfitnah Islam mengajar umatnya menjadi terrorist. Amerika sebenarnya ingin menutup mata dunia, sebenarnya merekalah terrorist, mereka membunuh jutaan nyawa umat Islam, merogol wanita-wanita, membakar rumah orang awam, mengebom masjid-masjid, menghina agama orang lain, dan 1001 keganasan lagi dilakukan terhadap Islam.


Untuk menutup mata dunia terhadap keganasan mereka, Amerika menfitnah bahawa Islam lah terrorist, dan mendakwa merekalah hero dunia yang menyelamatkan dunia daripada keganasan Islam. Padahal Islamlah hero dunia yang menyelamatkan dunia daripada keganasan Amerika.


Osama dijadikan simbol terrorist. Selagimana osama hidup, selagi itulah Amerika bebas menyerang negara-negara Islam untuk membunuh terrorist. Walhal, boleh jadi Osama telah mati lama sudah, namun dikatakan masih hidup untuk membolehkan Amerika menyerang Islam lagi..


Apabila Amerika mengatakan terrorist telah tiada (Osama telah mati), bermakna mereka tidak boleh menyerang Islam lagi selepas ini kerana sudah tiada terrorist. Mengapakah mereka tidak mahu menyerang Islam lagi? Kerana Amerika tidak mampu mengalahkan Islam dgn peperangan! Amerika sudah lemah untuk menghadapi Islam melalui peperangan, mereka telah lemah dan akan jatuh.. Zaman pemerintahan Amerika terhadap dunia akan bertukar kepada Israel. Amerika sudah hilang zaman kegemilangannya, hilang kekuatannya. Oleh itu, mereka pencen daripada melakukan kerja-kerja memerangi Islam.


Tahun 2012 merupakan zaman kejatuhan Amerika, pemerintahan dunia akan beralih kepada Israel, setelah Israel memrintah dunia, maka akan berlaku perang jihad terhadap Israel (yahudi) sepertimana yang sudah termaktub dalam hadis bahawa dunia ini tidak akan qiamat sehinggalah umat Islam berjihad terhadap orang yahudi dan Islam menang ke atas yahudi.


Setelah Amerika lemah, maka Israel akan mengambil alih tugas Amerika memerintah dunia, maka berlakulah perang jihad terhadap Israel, dan Israel akan jatuh. Seterusnya dunia akan dipimpin oleh Islam..


Maka tertegaklah semula khilafah Islam. Sekalipun jika benar Osama telah terbunuh, jihad akan terus berlangsung pada setiap zaman kerana ia wajib dalam Islam, sehinggalah zaman terakhir, zaman Umat Islam berjihad memerangi dajjal dan tentera-tenteranya.

sumber : http://al-khattab93.blogspot.com