Pemakaian serban agak jarang dipraktikkan oleh anak-anak muda masa kini, kalau ada pun dari kalangan tok-tok imam, tok bilal, pelajar-pelajar di pengajian pondok, dan ustaz-ustaz sahaja.. Remaja-remaja lelaki zaman sekarang lebih gemar berfesyen dengan gaya rambut yang pelbagai ada terpacak sana, terpacak sini, serabai macam pengemis pun ada, pendek kata, macam-macam ada....dari sudut pandangan peribadi saya, semua itu merimaskan dan menyakitkan mata....berbanding dengan berserban...ianya lebih menyejukkan mata yang memandang. Percaya atau tidak pemakaian serban sebenarnya lebih menunjukkan sifat "macho" bagi seseorang lelaki....walaupun rupanya tak la seberapa macho tapi disebabkan ada elemen serban, terus nampak macho dan berketerampilan....(dari kacamata saya yang serba daif ini)

     Tapi yang paling penting di sini adalah...pemakaian serban merupakan sunnah nabi...sesiapa yang berani sila bangkang...kerana di sini disertakan sekali dalil-dalil dari beberapa hadis...iaitu..

1. Jabir RH meriwayatkan bahawa tatkala Mekah ditawan maka Rasulullah s.a.w memasuki kotanya dengan memakai serban hitam

( Sohih Muslim, Bab Manasik / Sunan Abu Daud, Bab Pakaian / Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Tirmizi, Bab Jihad & Pakaian/ Sunan Nasai’e, Bab Perhiasan)

2. ‘Amr ibn Huraith RH berkata :”Daku melihat Rasulullah s.a.w memakai serban hitam

( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian, Hadis 3584/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian, Hadis 4077/ Sohih Muslim, Bab Haji, Hadis 1359/ Sunan Nasai’e)

3. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Saya masih ingat Rasulullah s.a.w berkhutbah memakai serban hitam di kepalanya dan shamlah (ekor serban) berada di antara dua bahu baginda”.

( Sohih Muslim dan Sunan Nasai’e)

4. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Daku melihat Rasulullah s.a.w berkhutbah dengan memakai serban hitam di kepala baginda yang mubaraj (diberkati)

      ( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian/ Sohih Muslim, Bab Haji)

5. Ibnu Umar RH meriwayatkan : Apabila Rasulullah s.a.w memakai serban, baginda akan membiarkan ekor serban baginda itu di antara bahu iaitu di belakang.

       Nafi’ RH berkata : Aku telah lihat Abdullah bin Umar RH meniru cara yang sama

      Ubaidullah salah seorang murid Nafi’ RH berkata : Daku melihat Qasim bin Muhammad ( cucu Abu Bakar RH) dan Alim bin Abdullah ( cucu Umar RH) juga mengikut cara yang sama

      ( Sunan Tirmizi , Bab Pakaian, Hadis 1736)

6. Ibnu Abbas RH melaporkan : Rasulallah s.a.w pernah menyampaikan khutbah memakai serban hitam atau lilitan kain (yang ada kesan minyak rambut)

(Sohih Bukhari, Bab Manaqib)

7. Sabda nabi s.a.w : Pakailah serban selalu kerana ia menambah kesopanan seseorang

( Fathul Bari)

       Seorang telah bertanya Abdullah ibnu Umar RH : Adakah memakai serban adalah sunnah?”. Jawab beliau : Benar! Ia adalah sunnah

8. Tersebut dalam sebuah hadis : Biasakanlah memakai serban kerana ia adalah tanda Islam dan membezakan antara Islam dan kafir

Kesimpulannya, tepuk dada tanya iman, adakah kita benar-benar mencintai Nabi seperti mana yang kita selalu sebut-sebutkan....jika cinta, mengapa sunnahnya ditinggalkan...ditentang, malahan dihina dicaci maki? Jangan kerana takut pada cacian dan hinaan, sunnah Nabi ditinggalkan.. Apalah sangat yang ada pada cacian dan hinaan....semua tu sementara saja, kita akan mati, mereka pun akan mati....sama-sama akan dihitung amal buruk dan baik. Kita ikut sunnah Nabi dan Nabi sendiri berkata, barangsiapa menyintaiku ikutilah sunnahku,....tapi mereka?..ikut fesyen-fesyen yang entah dari mana yang penting dari orang kafir.

 sabda Rasulullah s.a.w  (ini yang aku paling takut), maksudnya:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)

Wallahu'alam

Rujukan

1. Syamail Tirmizi, Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sawra at-Tirmizi

2. Khasail Nabawi s,a,w Syarah Syamail Muhammadiyyah s.a.w, Muhammad Zakaria Kandhalawi