Wednesday, July 27, 2011


Azan dalam Islam bermaksud memaklumkan. Ia sinonim dengan bilal atau muazzin yang bertujuan untuk mengajak sekalian umat Islam mengerjakan Rukun Islam kedua.
Ia juga sebagai tanda masuknya waktu solat dan beralihnya peredaran masa daripada subuh, tengahari, petang, malam hinggalah ke awal pagi keesokan harinya.



Namun, cuba kita tanyakan diri, apakah yang kita lakukan sebaik sahaja terdengarnya azan?



Adakah kita mendiamkan diri sambil menghayati setiap kalimah azan yang dilaungkan oleh bilal dan menjawabnya satu persatu?



Atau terus bangun untuk membersihkan diri dan mengambil wudhu' serta bersedia untuk mengerjakan solat?



Mungkinkah hanya membiarkan seruan azan itu berlalu begitu sahaja tanpa menghiraukannya?



Bagaimana pula dengan azan melalui corong radio mahupun televisyen, berapa ramai yang terus menghayati dan berapa kerat pula yang terus menukar siaran sebaik sahaja azan ke udara?



Mari kita berkongsi sedikit waktu untuk menyelidiki apa yang tersirat di sebalik makna panggilan azan itu melalui makna dalam bahasa.



ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar

ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar



Sebutan empat kali "ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar" ini menunjukkan betapa Agungnya ALLAH SWT, lantas menyedarkan kita betapa kebesaranNya mengatasi segala apa yang ada di langit dan di bumi.



Waktu ini seharusnya fikiran kita difokuskan pada fitrah kejadian seorang manusia sebagai khalifah. Tinggalkan segala hal duniawi dan terus menunaikan kewajipan untuk sujud kepadaNya tanpa sebarang alasan.



Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH

Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH



Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH" yang memberi kesaksian tentang sifat keEsaan Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH.



Lantas menyedarkan kita tentang syahadah kita. Sesungguhnya dengan solatlah syahadah kita terjaga. Dari solat yang khusyuklah syahadah memelihara kita. Lalu apakah alasan kita untuk mengelak dari melakukan hal yang paling utama dari segala perkara yang utama di dunia ini?



Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH

Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH



Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH" ini memberi kesaksian tentang kerasulan Rasulullah saw. Mengingatkan kita betapa Nabi Muhammad saw. itu sebenar-benarnya utusan dan kekasih ALLAH SWT.



Selepas solat sebaiknya berselawatlah kepada Rasul Junjungan kita dan para keluarga mahupun sahabat Baginda saw..



Pengorbanan dan akhlak Nabi saw. menjadi contoh bagi sekalian umat. Betapa sayangnya Nabi pada umat Baginda sehingga nafas terakhirnya diakhiri dengan kalimah "ummati..ummati..".



Syafaatnya antara rahmat yang diberi pada umatnya. Lantas ringankanlah diri berselawat kepadanya. Cinta kita pada Baginda saw. masih tidak setanding cinta Baginda saw. pada kita.




Marilah mendirikan solat

Marilah mendirikan solat



Sebutan dua kali "Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH dan Marilah mendirikan solat" adalah mengajak untuk menunaikan solat.



Sebaiknya solat itu adalah solat berjemaah. Solat adalah penghubung seorang hamba dengan Tuhannya.



Sudah ditetapkan ada lima waktu solat fardhu perlu ditunaikan. Seandainya kita mengelak dengan pelbagai alasan  sekalipun ia tetap dikira sebagai 'hutang' di sisi ALLAH.



Kita sebagai hamba perlu melunaskan kewajipan sebelum ALLAH swt. melunaskan untuk kita (Azab Neraka).



Bilakah agaknya kita betul-betul bersedia untuk menunaikan solat dengan sempurna?



Adakah kita mempunyai waktu yang cukup untuk menggantikan segala solat yang telah tertinggal?



Sesungguhnya hari ini tidak akan sama dengan semalam dan jauh berbeza dengan esok. Tidak sama pagi yang ada matahari dan malam yang bertemankan bulan.



Lalu solatlah diawal waktu dan gantikanlah solat yang telah tertinggal.



Marilah menuju kejayaan

Marilah menuju kejayaan



Sebutan dua kali "Marilah menuju kejayaan" yang sama banyak dengan panggilan solat.



Sesungguhnya orang yang menang dan berjaya di sisi ALLAH ialah orang yang tetap mengerjakan solat dengan hati yang khusyuk.



Ini juga menunjukkan Islam menggalakkan umatnya untuk mencapai kejayaan yang pasti bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat sana.



Kejayaan yang sebenar-benarnya bukan sahaja dari berapa banyak harta kita, tetapi betapa kita menjagaNya di hati kita dengan menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.



Sebaik-baiknya tinggalkan dahulu kerja mencari harta untuk dunia untuk mengerjakan solat sebagai bekalan di akhirat sana sejurus sahaja seruan azan dilaungkan.



ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar

Tiada Tuhan selain ALLAH



Kita diingatkan kita sekali lagi betapa besar dan agungnya ALLAH SWT. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH. Manusia itu mudah lupa dan lemah, tetapi ALLAH itulah sumber kekuatan kita.



Solat yang sempurna dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan cela.



Kalaulah diri mudah mengikut ajakan teman-teman walaupun pujukan tanpa sebarang alat pembesar. Kenapa azan yang dilaungkan dengan lantang langsung tidak terendah oleh akal dan fikiran apalagi jasad?



Walhal, Syaitan sekalipun akan berlari bertempiaran tatkala terdengar laungan azan menunjukkan betapa azan ini mampu memberi rasa GENTAR pada syaitan.



Adakah kita ingin menjadi lebih teruk daripada makhluk tersebut, tiadakah rasa gentar dan takut dalam hati kita tatkala nama ALLAH dilaungkan?



Ingatlah, selagi kita terdengar kalimah ALLAH dari azan yang dilaungkan, persiapkan diri untuk solat.



Kerana kita tidak tahu sampai bilakah lagi laungan ini akan kedengaran di cuping telinga.



Andai panggilan menghadapNya sudah tiba, sudah tentu kita tidak mampu menangguhkannya apalagi mengelak.



- Artikel iluvislam.com

Posted on Wednesday, July 27, 2011 by Qalam Sufi

1 comment

    



Kamu patut tahu bahawa manusia akan termasuk kepada salah satu daripada dua golongan, golongan pertama ialah yang berada dalam kedamaian, keimanan, bahagia dalam melakukan ketaatan kepada Allah, sementara golongan kedua berada dalam keadaan tidak selamat, keraguan dan kerisauan dalam keingkaran terhadap peraturan Tuhan. Kedua-dua nilai, ketaatan dan keingkaran, ada di dalam diri seseorang. Jika kesucian, kebaikan dan keikhlasan lebih menguasai, sifat-sifat mementingkan diri akan bertukar menjadi suasana kerohanian dan bahagian diri yang ingkar akan dikalahkan oleh bahagian diri yang baik. Sebaliknya jika seseorang mengikuti hawa nafsu yang rendah dan kesenangan ego dirinya, sifat-sifat ingkar akan menguasai bahagian diri yang satu lagi untuk menjadikannya ingkar dan jahat. Jika kedua-dua sifat yang berlawanan itu sama-sama kuat diharapkan yang baik itu boleh menang, sebagaimana yang dijanjikan:

"Barangsiapa kerjakan kebaikan maka baginya (ganjaran) sepuluh kali ganda, dan barangsiapa kerjakan kejahatan maka Tidaklah dibalas dia melainkan sebanyak (kejahatannya) itu, dan mereka tidak akan dianiayai. (Surah An'aam, ayat 160).


Dan jika Allah kehendaki ditambah-Nya lagi ganjaran atas kebaikan. Namun orang yang kebajikan dan kejahatannya sama banyak mesti lulus perbicaraan pada hari pembalasan. Orang yang berjaya mengubah sifat mementingkan diri kepada tidak mementingkan diri, hawa nafsu yang rendah kepada cita-cita kerohanian, baginya tiada hisab, tiada catatan akan diberikan kepadanya. Dia akan memasuki syurga tanpa melalui huru hara hari kiamat.


"Oleh sebab itu barangsiapa berat (timbangan) kebaikannya maka dia di dalam kehidupan (akhirat) yang sentosa". (Surah Qari'ah, ayat 6 & 7).


Orang yang kejahatannya lebih berat daripada kebaikannya akan dihukum menurut kadar kejahatannya. Kemudian dia dikeluarkan daripada neraka, jika dia beriman, dan akan masuk syurga.


Taat dan ingkar bermakna baik dan jahat. Kedua-dua ini ada dalam diri seseorang manusia. Yang baik boleh berubah menjadi jahat dan yang jahat boleh berubah menjadi baik. Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang kebaikan menguasainya menemui keselamatan, keimanan dan kegembiraan dan menjadi baik. Orang yang kejahatan lebih menguasai kebaikan, dia menjadi ingkar dan jahat. Orang yang menyedari kesalahannya dan bertaubat dan mengubah haluannya akan mendapati suasana ingkar akan bertukar menjadi taat dan beribadat".



Telah menjadi ketentuan bahawa baik dan jahat, kehidupan yang diberkati bagi orang yang taat dan kesengsaraan bagi yang ingkar, adalah keadaan yang setiap orang dilahirkan dengannya. Kedua-duanya tersembunyi di dalam bakat atau keupayaan seseorang. Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang bertuah menjadi baik adalah baik ketika di dalam kandungan ibunya, dan orang berdosa yang jahat adalah pendosa di dalam kandungan ibunya". Begitulah keadaannya dan tiada siapa yang berhak berbincang mengenainya. Urusan takdir bukan untuk dibincangkan. Jika dibiarkan perbincangan demikian ia akan membawa kepada bidaah dan kekufuran.



Lagipun tiada siapa boleh menjadikan takdir sebagai alasan untuk membuang segala ikhtiar, semua perbuatan baik. Seseorang itu tidak boleh mengatakan, ‘Jika aku ditakdirkan menjadi baik maka aku bersusah payah membuat kebaikan sedangkan aku sudahpun diberkati'. Atau berkata, ‘Jika aku sudah ditakdirkan menjadi jahat apa gunanya aku berbuat kebaikan'. Jelas sekali pendirian demikian tidak benar. Tidak wajar mengatakan, ‘Jika keadaan aku sudah ditakdirkan pada azali apa untung atau rugi yang aku harapkan dengan usahaku sekarang'. Contoh yang baik diberikan kepada kita adalah perbandingan di antara Adam a.s dengan iblis yang dilaknat. Iblis meletakkan kesalahan kepada takdir, yang menyebabkan dia menjadi derhaka, maka dia menjadi kafir dan dibuang jauh daripada keampunan dan kehampiran Tuhan. Adam a.s mengakui kesilapannya dan memohon keampunan, menerima keampunan dari Allah dan diselamatkan.


Menjadi kewajipan bagi orang Islam yang beriman untuk tidak cuba memahami sebab-sebab yang tersimpan di dalam takdir. Orang cuba berbuat demikian akan menjadi keliru dan tidak mendapat apa-apa melainkan keraguan. Bahkan dia mungkin kehilangan keyakinan. Orang yang beriman mestilah mempercayai kepada kebijaksanaan Allah yang mutlak. Segala yang manusia lihat terjadi pada dirinya di dalam dunia ini mesti ada alasan tetapi alasan itu bukan untuk difahami melalui lojik manusia kerana ia berdasarkan kebijaksanaan Tuhan.


 
Di dalam kehidupan ini bila kamu temui pencacian terhadap Tuhan, kemunafikan, keingkaran, penipuan dan lain-lain yang jahat, jangan biarkan perkara-perkara tersebut menggoncangkan iman kamu. Ketahuilah Allah Yang Maha Tinggi dengan kebijaksanaan mutlak bertanggungjawab kepada semua perkara dan Dia lakukan apa yang kelihatan sebagai tidak baik sebagai menyatakan kekuasaan-Nya yang mutlak. Penzahiran kekuasaan yang demikian mungkin menyebabkan ada orang yang tidak tertahan dan menganggapnya sebagai tidak baik tetapi ada rahsia besar di sebaliknya yang tiada makhluk yang tahu melainkan Rasulullah s.a.w.


 
Ada kisah orang arif berdoa kepada Tuhannya, "Wahai Yang Maha Suci, semua telah diatur oleh Engkau. Takdirku adalah kepunyaan-Mu. Ilmu yang Engkau letakkan padaku adalah milik-Mu". Ketika itu dia mendengar jawapan tanpa suara tanpa sepatah perkataan, keluar dari dalam dirinya mengatakan, "Wahai hamba-Ku. Segala yang engkau katakan adalah kepunyaan Yang Maha Esa dan dalam keesaan. Ia bukan milik hamba-hamba". Hamba yang beriman itu berkata, "Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi diriku, aku bersalah, aku berdosa". Selepas pengakuan itu sekali lagi dia mendengar dari dalam dirinya, "Dan Aku mempunyai keampunan terhadap dirimu. Aku telah hapuskan kesalahan-kesalahan kamu, Aku telah ampun kamu".


Biar mereka yang beriman tahu dan bersyukur yang segala kebaikan yang mereka lakukan bukanlah dari mereka tetapi melalui mereka, kejayaan datangnya dari Pencipta. Bila mereka bersalah biar mereka tahu bahawa kesalahan mereka datangnya dari diri mereka sendiri, kepunyaan mereka dan mereka boleh bertaubat. Kesalahan datangnya dari keegoan mereka yang batil. Jika kamu memahami ini dan mengingatinya kamu termasuk ke dalam golongan yang disebut Allah:


"Dan yang apabila telah berbuat kejelikan atau menganiayai diri-diri mereka maka mereka ingat kepada Allah dan mereka minta diampunkan dosa-dosa mereka - bukankah tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? Dan mereka tidak berkekalan di atas dosa yang mereka kerjakan, dan mereka tahu. Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, mereka akan kekal padanya, dan alangkah baiknya balasan bagi orang-orang yang beramal". (Surah Ali Imraan, ayat 135 & 136).


Adalah baik bagi orang yang beriman mengakui yang dirinya sendirilah punca semua kesalahan dan dosanya. Itulah yang akan menyelamatkannya. Itu lebih baik dan lebih benar daripada meletakkan kesalahan dirinya kepada Yang Maha Perkasa, Maha Kuasa, Pencipta semua perkara.



Bila Nabi s.a.w bersabda, "Telah diketahui bila seseorang itu berada di dalam kandungan ibunya samada dia akan menjadi baik atau pendosa" baginda maksudkan ‘dalam kandungan ibu' itu adalah empat anasir yang melahirkan semua kekuatan atau tenaga dan kebolehan lahiriah. Dua daripada anasir tersebut adalah tanah dan air yang bertanggungjawab kepada pertumbuhan keyakinan dan pengetahuan, melahirkan kehidupan dan lahir dalam hati sebagai tawaduk (kerendahan diri). Dua anasir lain ialah api dan angin yang bertentangan dengan tanah dan air - membakar, membinasa, membunuh. Kudrat Tuhan yang menyatukan anasir-anasir yang berlawanan dan berbeza menjadi satu. Bagaimana air dan api boleh wujud bersama? Bagaimana cahaya dan kegelapan boleh terkandung di dalam awan?


"Dia yang mengunjukkan kepada kamu kilat untuk menakutkankan dan kerana harapan, dan Dia jadikan mega yang berat. Dan petir itu beribadat dengan memuji Tuhannya, dan malaikat juga, lantaran takut kepada-Nya, dan Dia kirim halilintar dan Dia kenakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki...". (Surah ar-Ra'd, ayat 12 & 13).


Satu hari wali Allah Yahya bin Mua'adh ar-Razi ditanya, "Bagaimana mengenali Allah?' Dia menjawab, "Melalui gabungan yang bertentangan".


Pertentangan termasuk pada, dan sebenarnya keperluan bagi, memahami sifat-sifat Allah. Dengan menghadapkan diri kepada hakikat Ilahi seseorang menjadi cermin yang membalikkan kebenaran itu, juga sifat Yang Maha Perkasa dibalikkan. Dalam diri manusia terkandung seluruh alam maya. Sebab itu dia dipanggil penggabung yang banyak. Allah menciptakan manusia dengan dua tangan-Nya, tangan kemurahan-Nya dan tangan keperkasaan-Nya, keperkasaan dan kekuasaan. Jadi, manusia adalah cermin yang menunjukkan kedua-dua belah, yang kasar serta tebal dan yang halus serta indah.


Semua nama-nama Ilahi menyata pada manusia. Semua makhluk yang lain hanya sebelah sahaja. Allah menciptakan iblis dan keturunannya dengan sifat kekerasan-Nya. Dia ciptakan malaikat dengan sifat kemurahan-Nya. Nilai-nilai kesucian dan kebaktian yang berterusan terkandung dalam kejadian malaikat, sementara iblis dan keturunannya yang diciptakan dengan sifat kekerasan-Nya, mempunyai nilai kejahatan, kerana itu iblis menjadi takabur, dan bila Allah perintahkan sujud kepada Adam dia ingkar.


Oleh kerana manusia mempunyai kedua-dua ciri alam tinggi dan rendah, dan Allah telah memilih utusan-utusan dan wali-wali-Nya dari kalangan manusia, mereka tidak bebas daripada kesilapan. Nabi-nabi dipelihara dari dosa-dosa besar tetapi kesilapan kecil harus berlaku pada mereka. Wali-wali pula tidak terjamin dipelihara daripada dosa tetapi adalah dikatakan wali-wali itu hampir dengan Tuhan, mencapai makam kesempurnaan, mereka masuk ke bawah perlindungan Tuhan daripada dosa-dosa besar.


Syaqiq al-Baqi berkata, "Terdapat lima tanda kebenaran: perangai yang lemah lembut dan lembut hati, menangis kerana menyesal, mengasingkan diri dan tidak peduli tentang dunia, tidak bercita-cita tinggi, dan memiliki rasa hati (gerak hati atau intuisi). Tanda-tanda pendosa juga lima; keras hati, mempunyai mata yang tidak pernah menangis, mencintai dunia dan kesenangannya, bercita-cita tinggi, tidak bermalu dan tidak ada rasa atau gerak hati".


Nabi s.a.w meletakkan empat nilai pada orang yang baik-baik, "Boleh dipercayai dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya dan mengembalikannya. Menepati janji. Bercakap benar, tidak berbohong. Tidak kasar dalam perbincangan dan tidak menyakitkan hati orang lain". Baginda s.a.w juga memberitahu empat tanda pendosa, "Tidak boleh dipercayai dan merosakkan amanah yang diberikan kepadanya, mungkir janji, menipu, suka bertengkar, memaki apabila berbincang dan menyakitkan hati orang lain". Seterusnya pendosa tidak dapat memaafkan kawan-kawannya. Ini tanda tiada iman kerana kemaafan menjadi tanda utama orang beriman. Allah memerintahkan rasul-Nya:


"Berilah maaf, dan suruhlah mereka (manusia) berbuat kebaikan, dan berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh". (Surah A'raaf, ayat 199).


Perintah ‘maafkanlah' bukan hanya tertuju kepada Rasulullah s.a.w seorang sahaja. Ia mengenai semua orang dan tentu sahaja termasuk mereka yang beriman dengan Rasulullah s.a.w. Perkataan ‘maafkanlah' bermakna jadikan tabiat memafkan, jadikan sifat atau peribadi. Sesiapa yang ada sifat pemaaf menerima satu daripada nama-nama Allah - ar-Rauf - Yang Memaafkan.


"Barangsiapa memaafkan dan membereskan maka ganjarannya (adalah) atas (tanggungan) Allah". (Surah Syura, ayat 40).


Ketahuilah ketaatan kepada Allah bertukar menjadi ingkar, kejahatan dan dosa menjadi kebaikan, tidak berlaku dengan sendiri, tetapi dengan rangsangan, pengaruh, tindakan serta usaha diri sendiri. Nabi s.a.w bersabda, "Semua anak dilahirkan muslim. Ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi". Setiap orang ada bakat untuk menjadi baik atau jahat, boleh memiliki sifat-sifat baik dan buruk dalam masa yang sama. Jadi, adalah salah menghukum seseorang atau sesuatu sebagai sepenuhnya baik atau buruk. Tetapi benar jika dikatakan seseorang itu lebih banyak kebaikannya daripada kejahatannya ataupun sebaliknya.


Ini bukan bermakna manusia masuk syurga tanpa amalan baik, juga bukan dia dihantar ke neraka tanpa amalan buruk. Berfikir cara demikian bertentangan dengan prinsip Islam. Allah menjanjikan syurga kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal salih dan diancam-Nya orang-orang yang berdosa dengan azab neraka.


"Barangsiapa berbuat baik maka (adalah) untuk kebaikan dirinya dan barangsiapa berbuat jahat maka untuk dirinya. Kemudian kepada Tuhan kamulah kamu akan dikembalikan". (Surah Jaasiaah, ayat 15).


"Di hari ini dibalas setiap jiwa dengan apa yang dia telah usahakan. Tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya Allah cepat menghitung". (Surah Mukmin, ayat 17).

 
"Kerana apa juga amal yang baik yang kamu sediakan untuk diri kamu nanti kamu dapati (ganjaran)nya di sisi Allah". (Surah Baqaraah, ayat 110).

Posted on Wednesday, July 27, 2011 by Qalam Sufi

No comments

Saturday, May 21, 2011



Syahr bin Hausyab ra, mengatakan, “Aku tidak pernah melihat Ibrahim al-Haitamy menengadahkan kepalanya dan matanya ke langit walaupun sekejap, sampailah Allah mengambil nyawanya, semata-mata kerana malu kepada Allah swt.”

Sang arif, Dawud ath-Tha’y ra, ketika sedang sakit berada di rumahnya, lalu ditawari, “Apakah anda mahu keluar ke teras rumah, agar mendapatkan angin yang sepoi-sepoi?”
“Aku sangat malu kepada Allah swt, kerana Dia melihatku, dan aku masih lagi mencari rasa aman bagi diriku di dunia ini!” jawabnya.


Dikisahkan bahawa di Mesir ada seorang lelaki diserang penyakit kusta, tetapi ia dikenali sebagai Ismul A’dzom. Ia ditanya, “Wah, andai saja engkau berdoa kepada Allah melalui Ismul A’dzom agar membuang penyakitmu ini?”

“Sungguh aku malu kepadaNya, kalau aku punya kehendak di luar kehendakNya…” jawabnya.
 

Mintalah KepadaKu


Dikiisahkan bahawa seseorang dari kalangan raja mengatakan kepada Syaqiq al-Balkhy,
“Silakan kamu minta apa yang kamu perlukan!”.
“Aku sungguh malu kepada Tuhanku, kalau aku memintamu, sedangkan Tuhanku terus melihatku, sambil berkata padaku, “Mintalah keperluanmu tanpa harus malu, sampai Aku rela padamu, dan jangan meminta kepada selain Aku, yang membuatKu marah padamu!”, jawab Syaqiq.


Malu Meminta Dunia


Sejumlah jama’ah kaum zuhud masuk ke rumah Rabi’ah al-Bashriyah, di dalamnya ada Sufyan Ats-Tsaury, tiba-tiba mereka itu memandang Rabi’ah  dalam keadaan kumal.
Salah satu diantara mereka mengatakan pada Rabi’ah, “Apakah kamu tidak pernah meminta kepada tuanmu, agar diberi sesuatu?”

“Demi Allah, aku sangat malu untuk meminta dunia pada Dzat yang punya dunia, bagaimana aku tidak malu meminta pada orang yang tidak memiliki dunia?” jawab Rabi’ah.



Kedekatan pada KekasihMU?


Yahya bin Mu’adz ra, apabila sedang membaca ayat, “Dan Kami lebih dekat kepadanya dibanding urat nadi.” Maka Yahya bermunajat:

“Ya Tuhanku, Itu wujud kedekatanMu pada musuh-musuhMu, lalu bagaimana kedekatanMu pada Kekasih-kekasihMu?”.


Sumber: sufinews.com

Posted on Saturday, May 21, 2011 by Qalam Sufi

No comments


Ka’bah iaitu rumah Allah di mana sejuta ummat muslim rindu untuk berkunjung dan menjadi tetamu Allah Sang Maha Pencipta. Kiblatnya (arah) ummat muslim dalam melaksanakan solat, dari negara manapun semua ibadah solat menghadap ke arahnya.


Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg beerti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat surah Al-Maidah ayat 6 dalam Al-quran  menjelaskan istilah itu dengan “Ka’bain” yang beerti ‘dua mata kaki’ dan di dalam surah yang sama dari ayat 95-96 mengandung istilah ‘ka’bah’ yg ertinya nyata “mata bumi” atau “paksi bumi” atau kutub putaran utara bumi.


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”


Para astronomi telah menemui bahawa planet Bumi mengeluarkan seakan radiasi,setelah itu secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang seakan ada alasan tersembunyi disebalik hilangnya website tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti ( tidak terbatas ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Marikh, radiasi tersebut masih terus berlanjutan 


Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki cici-ciri dan menghubungkan antara Ka’Bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.


Makkah Pusat Bumi

Prof. Hussain Kamel menemui suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.


Untuk tujuan itu, beliau menarik garis-garis pada peta, dan sesudah itu beliau mengamati dengan saksama posisi ke-7 benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.


Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sulit dan berat itu, beliau dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, serta banyak hal lainnya. Beliau kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.


Beliau menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada waktu yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).


Dalam ertikata lain, Makkah, tempat Kabah berada telah disimpulkan sebagai PUSAT BUMI. Ini sekaligus membuktikan bahawa daratan bumi berkembang dari Makkah. Adalah menarik untuk direnungkan pada fenomena bahawa setiap tahun jutaan umat Islam sedunia mendatangi Kabah di Makkah untuk melaksanakan haji. Ketika tawaf, jutaan umat Islam mengelilingi Kabah, dengan arah berlawanan jarum jam. Arah itu bertentangan dengan putaran waktu hitungan Greenwich.


Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.


Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa plat-plat bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Plat-plat ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.


Pengajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan bermaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.


Allah berfirman di dalam al-Qur’an al-Karim sebagai berikut: 

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)


Perkataan ‘Ummul Qura’ beerti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.


Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, perkataan ‘ibu’ memberikan Makkah sebagai keunggulan di atas semua kota lain.


Makkah atau Greenwich

 

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahawa Makkah berada di tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah yang sepatutnya dijadikan rujukan waktu dunia, bukan Greenwich. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang dimulai empat dekat yang lalu.


Pada 21 April 2004 di Doha, Qatar, telah berlangsung satu persidangan ilmiah yang penting bagi dunia Islam. Sebilangan para sarjana dan ulama Islam telah membincangkan kemungkinan untuk mengubah hitungan waktu (masa) yang selama ini menjadikan Greenwich Mean Time (GMT) sebagai meridian sifar, lalu menjadikan Makkah sebagai kiblat hitungan waktu, maksudnya Makkah akan menjadi meridian sifar menggantikan bandar Greenwich.

 

Persidangan ilmiah bersejarah itu telah dirasmikan oleh Dr Yusuf Qaradhawi. Ianya diberi nama “Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice.” Turut hadir ialah pakar geologi Mesir, Dr Zaglur Najjar yang juga pensyarah geologi di Universiti Wales, Britain, dan Ir Yaseen Shaok, saintis yang menjadi pelopor jam Makkah.  

 

Persidangan itu menyeru umat Islam sedunia menjadikan Makkah, khususnya Ka’abah yang berada di 21 darjah 25 minit latitud (garis lintang utara) dan 39 darjah 50 minit longitud (garisan bujur timur) sebagai titik awal hitungan waktu. Sebabnya jelas iaitu menurut kajian ilmiah, Makkah adalah PUSAT BUMI.

 

 

Siapakah yang menetapkan Greenwich sebagai Meridian sifar? Ia adalah Britain, yang pada waktu itu (tahun 1884) merupakan kuasa besar kolonial dunia. Kini Britain hanyalah sebuah negara biasa, dan sangat wajar jika Makkah menggantikan Greenwich kerana kedudukanya yang telah terbukti secara ilmiah sebagai PUSAT BUMI.  

 

Dr Yusuf Qaradhawi yang menjadi Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa menggalakkan dunia Islam menjadikan Makkah sebagai titik awal perhitungan waktu menggantikan Greenwich. Qaradhawi menjelaskan mengapa Allah SWT menjadikan Baitul Haram sebagai kiblat umat Islam di muka bumi.

  

BARAT MENENTANG IDEA INI


Saya telah meneliti beberapa forum di internet. Ternyata sebilangan individu Barat agak emosional dari segi ini. Mereka bukan hanya tidak bersetuju Makkah dijadikan meridian sifar, malah telah memburukkan Islam. Pada hemat saya, mereka perlu membezakan antara agama dan penemuan saintifik. Jika mereka tidak mahu menerima Islam, mereka tidak wajar menolak bukti saintifik lantaran bias ini.

 




 

Seorang ahli astronomi Institut Teknologi Bandung, Moedji Raharto, menyatakan bahawa pembahagian waktu bermula dari Makkah tidak menjadi masalah. “Itu membuat budaya baru di tengah kemapanan sistem yang sudah ada,” katanya.


 

Pihak-pihak yang menentang menyatakan bahawa selama ini seluruh kegiatan di dunia merujuk pada waktu Greenwich. Mulai dari transaksi perbankan, perhitungan waktu di internet, dunia penerbangan, setting jam di kilang-kilang, seluruhnya merujuk perhitungan waktu Greenwich. Sebarang usaha untuk mengubahnya memerlukan perubahan dan dana yang besar.


 

Makkah sebenarnya memang telah menjadi perhatian dunia, bukan hanya oleh umat Islam dan bukan hanya ketika ibadah haji berlangsung. Jika Makkah menjadi meridian sifar, ia merupakan berita baik untuk umat Islam. Kata Moedji “Arah kiblat merupakan garis spiritual kerana semua manusia tertuju ke sana.” Moedji juga berpendapat bahawa menyatukan perhitungan waktu berdasarkan Makkah boleh dilakukan, “Dari segi matematik itu boleh dilakukan.” (islamonline)

 

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit

 

Ada beberapa ayat al-quran dan hadis nabawi yang tersirat akan fakta ini.


Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (ar-Rahman:33)


Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang beerti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.


Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh plat bumi). Jika Makkah berada di tengah-tengah bumi, maka ini bermaksud Makkah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.


Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka‘bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan pembentuk bumi)


Sumber :

Posted on Saturday, May 21, 2011 by Qalam Sufi

No comments

Wednesday, May 18, 2011



Wanita itu menangis.Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya.


Melihat itu, saya turut mengalirkan air mata.


Sudah banyak kali saya menyaksikan petikan video yang satu ini. Jika diulang tayang berkali-kali pun, ia masih menghadirkan keinsafan di dalam diri. Kolam air mata mana yang mampu menampung limpahannya, jika persoalan yang bermain di kepala membuak kesayuan yang tiada taranya.


Persoalan yang sukar dijawab tetapi juga adalah impian setiap muslim dan muslimah yang beriman.Inilah yang berlaku kepada diri saya setiap kali menonton petikan video yang menampilkan satu rancangan berbahasa arab bertajuk : Lau kaana bainana. Rancangan ini mengenengahkan persoalan bagaimana sekiranya Rasulullah SAW, hidup dan berada di tengah-tengah kehidupan moden hari ini.

Posted on Wednesday, May 18, 2011 by Qalam Sufi

1 comment

Bila kita berjauh jarak dengan sang terkasih Muhammad Rasulullah. Kita hanya bisa menjumpainya melalui do’a-do’a yang kita lantunkan, memohon syafa’at Nabi untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengubati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Sang Nabi Tercinta, Kekasih Allah, peribadi mulia panutan alam?? Ratusan orang menitiskan air matanya setelah menatap langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekaaat denganmu ya Rasulullah … Andai aku bisa melihat wajahmu, gugur segala persendianku, tidak tertahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad …. 

 
(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada sang Nabi Agung, sang kekasih Allah …)

Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …
__________________________

a

the-blessed-shirt-of-prophet-muhammad-saw
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Yaa Allah … betapa sederhananya baju sang pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)

a
the-blessed-shirt1-of-prophet-muhammad-saw
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bahagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek)

a
jubah-rasulullah1
Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

a
blessed-seal-of-rasool-allah-saw1
The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)

a
copy-of-the-blessed-bowl-of-prophet-muhammad-saw
Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

picture1.jpg
Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW


a

the-blessed-foot-print-of-rasool-allah-saw
jejak-kaki-nabi
Jejak Kaki Rasulullah SAW


a
blessed-hair-of-rasool-allahsaw

rambut-nabi
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW


a

gigi-dan-rambut1
Peninggalan gigi dan rambut Nabi. 
a


Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW

a



picture4.jpg
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya1
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya2
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya
Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus bagi umat islam mengangkat pedang.


a

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas 
a

busur-panah-nabi
Busur Panah Nabi SAW

a
a

Bendera Rasululullah SAW


Ini lebih jelasnya.

aa


Salah satu serban/tutup kepala  Rasulullah SAW

a

Topi Besi Rasulullah SAW
a

Baju dan barang-barang Rasulullah SAW



blessed-sandals2-of-rasool-allah-saw
blessed-sandal-of-rasool-allah-saw

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

a

letter-to-nijashi-king-of-habsha
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

a

letter-to-omani-people
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

a

letter-to-qaiser_e_rome
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

a

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

a
prophets-letter-to-muqauqas-egypt
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

a

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW



box-belonging-to-hazrat-fatima-rz
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.


a
picture6.jpg
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

a

the-blessed-dust-from-the-tomb-of-the-prophet
The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)

Mengalirlah air mata bagi yang rindu dan cinta pada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam walaupun wajahnya tidak pernah kita tatapi, walaupun suaranya tidak pernah kita dengari namun kehadirannya kekal abadi di dalam hati sanubari.....

Posted on Wednesday, May 18, 2011 by Qalam Sufi

1 comment