Wednesday, December 29, 2010


Bayangkan bagi hatimu wahai yang terpedaya,
hari kiamat dan segala isinya bergegar.

Sungguh digulung matahari siang dan dilipat gandakan,
panasnya atas kepala hamba menggelegak.

Apabila gunung-ganang tercabut dari tempatnya,
lalu kamu melihatnya berjalan seperti awan.

Apabila bintang-bintang berguguran dan bertaburan,
dan setelah cahaya bertukar menjadi keruh.

Apabila unta-unta bunting terbiar dari tuannya,
rumah-rumah kosong tidak ada penghuninya.

Apabila binatang-binatang liar dihimpun pada hari kiamat,
dan berkata kepada malaikat kemana kami berjalan.

Lalu dikatakan berjalanlah kamu menyaksikan keaiban,
keajaiban-keajaiban dan perkara-perkara dihadirkan.

Apabila keluar dari perut ibunya,
takutkan hisab dan hatinya ketakutan.

Ini tanpa dosa yang ditakutkan kegawatannya,
bagaimana orang yang mengerjakan dosa sepanjang masa?



sumber: kitab Bustaan al-waa'izhiin wa Riyadh as-saami'iin

Posted on Wednesday, December 29, 2010 by Qalam Sufi

No comments

 
Isu ini timbul ekoran daripada pertanyaan orang ramai kepada JAKIM mengenai hukum sembahyang jamak kerana menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang, rawatan penyakit jantung, lumpuh dan seumpamanya yang telah mendapat pengesahan daripada doktor-doktor pakar daripada hospital-hospital kerajaan ataupun swasta.

Penggunaan alat-alat semasa dan sesudah rawatan homodialisis.

(i)   Semasa Rawatan

Setiap pesakit dikehendaki menjalani pemeriksaan tekanan darah sebelum, semasa dan sesudah rawatan sekurang-kurangnya 5 kali menggunakan alat khas tekanan darah tinggi. Kemudian ditimbang berat badan satu kali sebelum dan sekali selepas rawatan untuk mengetahui berat sebenar. Bagi timbangan berat sebelum rawatan untuk mengetahui kedudukan berat air yang ada di dalam badan dan timbangan kedua selepas rawatan untuk mengetahui berapakah sudah dikurangkan air dalam badan.

Semua bacaan untuk timbangan berat ini dicatat dalam buku rekod peribadi. Kemudian jururawat akan membuat suntikan di dua tempat di lengan - satu untuk pengeluaran darah dan satu untuk memasukkan semula darah. Setelah suntikan dibuat, jarum itu tetap berada di lengan pesakit dari awal hingga ke akhir masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam atau paling lama 5 jam. Aliran darah keluar melalui bawah lengan suntikan bahagian bawah memasuki tiub yang digunakan untuk masuk ke dalam satu tabung penapis sebagai ganti fungsi buah pinggang - untuk menapis segala darah kotor dan lebihan air yang berada dalam darah menggunakan mesin khas. Kemudian darah yang bersih disalurkan semula ke lengan bahagian atas melalui jarum yang tersedia.

(ii)  Selepas Rawatan

Setelah cukup masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam tadi, jururawat akan membuka tampalan serta jarum berkenaan dan diletakkan tampalan lain dengan menggunakan sejenis kain yang dikeraskan di bahagian liang suntikan supaya
menghalang darah keluar kerana ketika itu jika tidak dibuat demikian, darah akan terpancut dengan kuat (dalam tempoh 1 jam). 

Liang suntikan hanya boleh dibuka dalam tempoh lebih 40 - 60 minit kerana di waktu itulah bagi pesakit tertentu liang suntikan itu telah tertutup oleh darah yang beku, tetapi bagi sesetengah pesakit pula lebih daripada 1 jam, ini bergantung kepada kecairan atau kepekatan darah seseorang.

Permasalahan/Persoalan

Bolehkah orang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya menunaikan sembahyang Zohor dengan Asar - Jamak Takhir disebabkan
oleh rawatan berkenaan?

(i) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan pertama iaitu jam 6.00 pagi - 12.00 tengahari, dalam tempoh rawatan ini tidak menimbulkan masalah dari segi waktu sembahyang fardhu kerana rawatan itu telah selesai sebelum waktu Zohor.

(ii) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan kedua iaitu jam 11.00 pagi - 6.00 petang, menimbulkan implikasi hukum mengenai sembahyang. Ini menyebabkan waktu sembahyang Zohor luput. Sementara itu sekiranya pesakit mengambil wuduk sebelum rawatan dibuat, ia boleh membatalkan wuduk disebabkan persentuhan dengan jururawat wanita bagi pesakit lelaki atau disebabkan keluar angin daripada dubur.

(iii) Bagi mereka yang mengambil syif rawatan ketiga iaitu jam 3.00 petang - 9.00 malam, menimbulkan masalah kerana melibatkan sembahyang Asar dan Maghrib. Apakah boleh bagi pesakit berkenaan sembahyang Jamak Takdim - Sembahyang Zohor dan Asar dan Jamak Takhir - Sembahyang Maghrib dan Isyak?    

                 
Asas-asas Pertimbangan

 Mengikut kitab Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam oleh Fadhilah Syeikh Atiyyah Saqr, juzu’ 3 hal. 421 - 422 menyatakan mengenai pendapat-pendapat ulama’ bagi empat mazhab.

(i) Menurut pendapat Mazhab Maliki, harus jamak sembahyang ketika bermusafir jauh atau dekat. Begitu juga bagi orang yang sakit yang pitam atau sakit di kepala yang boleh menghalangnya daripada menunaikan sembahyang ketika masuk waktu kedua, maka harus baginya mentakdimkan sembahyang tersebut. 

Begitulah juga harus jamak sembahyang kerana hujan lebat, ribut pasir, kegelapan malam, maka harus dijamak secara takdim sembahyang maghrib dan
isyak dengan syarat sembahyang tersebut dilakukan di masjid secara berjamaah.

(ii) Mengikut pendapat Mazhab Syafie, harus jamak sembahyang kerana musafir yang lama perjalanannya dengan sebab hujan secara jamak takdim sahaja, apabila dilakukan sembahyang itu secara berjemaah di masjid yang jauh daripada rumahnya, mengelakkan kesusahan untuk pergi ke sana, maka ia harus menjamakkan sembahyang walaupun tidak kerana hujan dan harus jamak sembahyang sama ada takdim atau takhir bagi orang yang sakit.

(iii) Sementara Mazhab Hanafi pula tidak harus jamak sembahyang secara takdim kecuali bagi orang yang mengerjakan haji di Arafah dengan syarat berjamaah berserta Imam atau naibnya dan tidak harus mentahlulkan sembahyang kecuali di Muzdalifah bagi orang yang mengerjakan haji, maka ia boleh sembahyang Asar dalam waktu Zohor di Arafah dan sembahyang Maghrib dalam waktu Isyak di Muzdalifah.

(iv) Mengikut Mazhab Hambali, harus bagi orang yang sakit menjarakkan sembahyang ketika timbulnya kesusahan mendirikan sembahyang apabila masuknya waktu. Harus juga menjamakkan sembahyang bagi orang yang lemah daripada mengetahui awal waktu sembahyang bagi orang yang buta dan begitu juga bagi orang yang takut berlaku kemudaratan ke atas dirinya, harta atau maruahnya atau takut kemudaratan yang bersangkutan dengan kehidupannya dengan meninggalkan sembahyang dan yang lebih utamanya ialah memilih yang paling mudah ke atasnya sama ada untuk jamak takdim atau takhir dengan mematuhi syarat-syarat takdim dan takhir seperti tertib, niat jamak dan berterusan uzur.                                                                      
                                                                                                                                                                                                                         
Mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 14 pada 22 – 23 Oktober 1985 menyatakan bahawa dalam Islam uzur syarie adalah diertikan seperti berikut:

i) Keuzuran yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut dan taufan.

(ii) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.

(iii) Keuzuran berkenaan dengan berkemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Jumaat. Daripada kesimpulan di atas dapatlah dirumuskan bahawa menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamnya adalah dikira uzur syarie yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya.                                                    


Syor

Berdasarkan fakta-fakta yang disebutkan di atas, maka dengan ini dipohon Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan “Hukum Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik seperti Hemodialisis dan seumpamanya dengan menjamak sembahyang fardhu dan keputusan ini hanya tertentu kepada orang yang mengalami penyakit berkenaan sahaja.”


Keputusan

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989 FATWA TENTANG HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK Dl HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.


Jadual

(1) Harus menjamakkan sembahyang kerana menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama.

(2) Pekerja-pekerja yang tidak dapat meninggalkan tugasnya kerana sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan seperti doktor yang bertugas di wad ICU dan  seumpamanya yang terpaksa bertugas tanpa had masa. Keharusan menjamakkan sembahyang dikhususkan pada masa berlaku darurat sahaja, tidak terpakai pada masa sihat atau hari yang tiada rawatan atau ketika tidak bertugas.

Dibuat pada 16 Januari 2001.
[MUFTI Sel. 500-2; PU. Sel. AGM/0007 Jld. 2]

DATO’ HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID,
Dato’ Seri Utama Diraja,
Mufti Negeri Selangor
                                                                                                                                         

Posted on Wednesday, December 29, 2010 by Qalam Sufi

No comments

Monday, December 20, 2010


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,

jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
...............................

 
 
 
 Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..

Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Posted on Monday, December 20, 2010 by Qalam Sufi

5 comments

BARANGSIAPA HAFAL 7 KALIMAT INI IA DIPANDANG MULIA DSISI ALLAH SWT, MALAIKAT SERTA DIAMPUNI JUGA SEGALA DOSA-DOSANYA WALAUPUN SELUAS LAUTAN.........

1) menyebut BISMILLAH pada tiap-tiap melakukan sesuatu...

2) menyebut ALHAMDULLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu...

3) menyebut ASTAGHFIRULLAH jika lidah terselit kata-kata yang tak patut @ kata-kata yang tidak baik

4) menyebut INSYAALLAH pada tiap-tiap merencanakan sesuatu@ ketika berjanji..

5) menyebut LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH bila ditimpa @ menghadapi sesuatu yang tidak diingini..

6) menyebut INNALILLAH HI WAINNA ILAIHIRAJIUN jika menghadapi musibah dan menerima musibah...

7) menyebut LAILAHAILLALLAH MUHAMADUR RASULULLAH sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidah.

Amalkan selalu supaya menjadi kebiasaan dan menjadi rutin harian.....INSYAALLAH!!!

kita pakat-pakat amalkan!!....SELAMAT BERAMAL...^^

Posted on Monday, December 20, 2010 by Qalam Sufi

No comments


Manusia berbicara setiap masa.Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepadamanusia.Jika bicara tidak mengikut adabnya,manusia akan merana di dunia dan di akhirat.Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka ALLAH S.W.T.Bagi mereka yang beriman,lidah yang dikurniakan oleh ALLAH itu tidak digunakan untuk berbicara sesukahati dan sia-sia.Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1.Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2.Perhiasan tanpa berhias.
3.Kehebatan tanpa kerajaan.
4.Benteng tanpa pagar.
5.Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6.Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7.Menutup segala aib.


Hadis-hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barang siapa yang banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya.Barang siapa yang banyak silapnya,nescaya banyaklah dosanya. Dan barang siapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya”.(RIWAYAT ABU NAIM)

“Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat,maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.(RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM)

“Barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.(RIWAYAT AT-TARMIZI)

Madah dari hukama:Banyak diam tidak semestinya boddo,banyak cakap tidak semestinya cerdik,kerana kecerdikan itu buah fikiran,orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang boddo yang banyak cakap .Menasihati orang yang bersalah ,tidak salah.Yang salah memikirkan kesalahan orang itu.Kalau orang menghina kita,bukan kita terhina,yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Wallahu'alam...


Sumber : (http://www2.pkink.gov.my/center/arkib/Tazkirah/KumpulanB

Posted on Monday, December 20, 2010 by Qalam Sufi

No comments

Banyak sekali kajian sejarah mengenai Tasawuf atau Sufi. Ada sejumlah pendekatan yang dilakukan untuk menganalisa lintasan sejarah Tasawuf atau Thariqat Tasawuf, antara lain:

   1. Kajian terhadap teks-teks Al-Qur’an dan Sunnah Nabi yang berkaitan dengan dimensi Sufistik.

   2. Kajian terhadap profil para tokoh Sufi dengan pemikiran, pandangan, tindakan dan karya-karyanya.

   3. Kajian falsafah dibalik ungkapan Sufistiknya.

   4. Kajian praktik Sufistik dan Thariqatnya dari masa ke masa.

   5. Kisah-kisah Sufi.

Sebagaimana diketahui Islam lahir dibawa oleh Rasulullah Muhammad saw. dengan doktrin-doktrin keagamaan,bersifat lahiriyah mahupun batiniyah. Kedua doktrin tersebut bermuara pada satu titik, yang disebut dengan Titik Tauhid. Iaitu mengEsakan Allah swt. baik dalam keyakinan mahupun amaliyah ummat manusia. Oleh sebab itu, kelak akan muncul sejumlah istilah atau terminologi dalam ilmu-ilmu Islam sebagai pendekatan lain dari pemahaman amaliyah Islam itu sendiri.

Unsur-unsur Tauhid (teologi) dalam tradisi sejarah Islam, lebih banyak pendapat ketika Rasulullah Muhammad saw, berada di Makkah, baru ketika hijrah ke Madinah sejumlah doktrin tentang amaliyah yang kelak disebut dengan doktrin Syari’at diturunkan. Lebih jauh tentang kajian sejarah berpendapat doktrin keagamaan antara masa Makkah dan Madinah ini, boleh dilihat dari beberapa kitab tentang Asbabun Nuzul, iaitu kajian tentang sebab-sebab turunnya ayat Al-Qur’an, dan Asbabul Wurud, berkait dengan sebab-sebab munculnya hadits Nabi saw.

Sementara itu, fungsi-fungsi hadits Nabi antara lain menjelaskan praktik Al-Qur’an, — dan kerananya kedudukan Hadits juga setara dengan Wahyu – lebih banyak memberikan petunjuk yang bersifat sejarah, iaitu kepentingan-kepentingan zaman saat itu, walaupun, kedua sumber agama itu tetap bersifat universal dan sejarah. Apalagi ketika, sumber-sumber tersebut dibuat telah seputar dunia esoteris, maka fungsi-fungsi sejarah hanya sebagai pelengkap belaka, selebihnya justru elemen-elemen fundamental akan muncul sebagai landasan pandangannya.

Seluruh ummat Islam pada masa Rasulullah saw, baik ketika di Makkah mahupun di Madinah, sama sekali tidak memunculkan potensi-potensi konflik, apalagi muncul suatu kontradiksi , baik dari segi pemahaman keagamaan mahupun ritual keagamaan, bahkan dalam praktik kehidupan sehari-hari. Hal demikian kerana ummat Islam terikat suatu kesepakatan terhadap kedua sumber utama praktik ibadah mereka, sementara Rasul Muhammad saw, menjadi rujukan utama setiap masalah, sekaligus menjadi hakim atas semua persoalan yang muncul.

Tetapi perbezaan mulai muncul, terutama dalam soal pandangan yang bersifat publik, iaitu mengenai Khilafah paska Rasulullah saw, sepeninggal beliau. Perbezaan pandangan ini memuncak ketika masa Khalifah Utsman bin Affan – ra, dan Ali bin Abi Thalib – semoga Allah memuliakan wajahnya –. Kelak perbezaan ini turut mewarnai munculnya paksi-paksi dalam praktik Islam, dan turut memberikan warna terhadap sejarah perkembangan Tasawuf itu sendiri, yang beriringan dengan dinamika sejarah Teologi dan mazhab-mazhab fiqih.

Istilah-istilah yang menjadi terminologi dalam Tasawuf, juga tidak pernah terekam, secara akademis dalam sejarah masa Islam awal. Bahkan di zaman Nabi kata Sufi, kata Syari’at, Hakikat, atau pun Thariqat, tidak dimunculkan sebagai istilah tersendiri dalam praktik keagamaan. Semata, kerana para Sahabat dan Tabi’in, adalah sekaligus para pelaku Syari’at, Thariqat dan Hakikat, dalam hariannya. Hanya satu setengah abad kemudian, istilah-istilah itu muncul dengan terminologi tersendiri, dalam kerangka memudahkan praktik ke-Islaman yang sebenarnya.

Untuk melihat sejarah Tasawuf, definisi seputar Tasawuf dari para pelaku serta tokoh-tokohnya sangat membantu alur sejarah itu hingga dewasa ini. Pada zaman Nabi saw. kita mengenal istilah yang sangat komprehensif mengenai dunia esoteris, yang disebut dengan Al-Ihsan. Dalam riwayat Al-Bukhari, disebutkan oleh Rasulullah saw, dalam sabdanya:

“Hendaknya engkau menyembah kepada Allah seaakan-akan engkau melihatNya, maka apabila engkau tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihatmu.” (H.r. Bukhari)


Istilah Al-Ihsan tersebut, dalam praktiknya, memunculkan tradisi agung dalam Islam, iaitu amaliyah batin yang kekal membangunkan suatu akademi esoteris yang luar biasa. “Seakan-akan melihat Allah dan Allah melihatnya,” adalah puncak dari prestasi moral seorang hamba Allah disaat sang hamba berhubungan denganNya.

Proses-proses berhubungan itulah yang kemudian diatur dalam praktik Tasawuf. Kerana dalam setiap tradisi Thariqat Tasawuf yang memiliki sanad sampai kepada Rasulullah saw. – kelak disebut dengan Thariqat Mu’tabarah – menunjukkan bahawa tradisi Sufistik sudah berlangsung sejak zaman Rasulullah saw. Hanya saja tradisi tersebut tidak terpublikasi secara massif mengingat dunia esoteris adalah dunia spesifik, dimana tidak semua khalayak menerimanya.

Doktrin-doktrin Zikir dan pelaksanaannya yang dilakukan melalui Baiat pada Rasulullah saw. menggambarkan hubungan-hubungan saikologi antara Rasul saw. ketika itu dengan sahabat dan Allah swt.

Di lain pihak, tradisi akademi Tasawuf nantinya melahirkan produk-produk penafsiran esoterik atau metafisik, terhadap khazanah Al-Qur’an dan Sunnah Nabi. Selain Al-Qur’an secara khusus punya penekanan terhadap soal-soal Tasawuf, ternyata seluruh kandungan Al-Qu’ran juga mengandung dimensi batin yang sangat unik. Jadi tidak ada alasan sama sekali untuk menolak Tasawuf, hanya kerana beralasan bahawa Tasawuf tidak ada dalam Al-Qur’an. Padahal seluruh kandungan Al-Qur’an tersebut mengandung dua hal: zahir dan batin, syari’at dan hakikat.

Prof. Dr. Said Aqiel Siradj mencatat bahawa istilah Tasawuf, kebanyakan rujukan menyebutkan muncul dari Ma’rif al-Karkhy (w. 200). Namun Said Aqil cenderung berpihak pada Abu Abdillah (Abu Musa) Jabir bin Hayyan bin Abdillah al-Kufi al-Azdy (w. 161 H.) salah satu murid dari Ja’far ash-Shadiq yang terkenal dengan temuannya, Aljabar. Jabir bin Hayyan inilah yag pertama kali mendapat gelar sebagai Sufi, kerana sebagai seorang ilmuwan matematik dan kimia, Jabir justru memasuki dunia Sufi dengan segala penemuannya.

Kesedaran Jabir bin Hayyan memasuki dunia Sufi bermula dari aksioma Dhomir (kata ganti): Ana (aku, orang pertama), Huwa (dia, orang ketiga) dan Anta (kamu, orang kedua). Ketiga kata ganti tersebut boleh melekat pada satu orang, semisal Ahmad. Ketika ia menyebut dirinya pasti menggunakan kata ganti Ana, jika ia tidak ada ditempat maka ia disebut dengan Dia, sementara ketika ia ada di hadapan Anda, maka Anda menyebutnya Anta. Lalau kemana larinya Ana, Anta, Huwa, setelah Ahmad meninggal dunia? Jabir menyimpulkan bahawa semua dhomir yang yang disandang itu kembali kepada Yang berhak mempunyai Ana, Anta dan Huwa, iaitu Allah swt.

Baru pada abad ketiga hijriyah dinamika tasawuf baru pada taraf Tasawuf Sunni (akhlaqy). Baru kemudian menurut Said Aqil, berkembang Tasawuf Falsafi sebagaimana digaungkan oleh Abu Yazid al-Bistamy (w.261H.), disusul Abu Mansur Al-Hallaj (w.309) masing-masing dengan teori Al-fana’ dan Anal Haq. Dua abad berikutnya muncullah as-Suhrawardi al-Maqtul dengan pandangan Isyraqynya, disusul Muhammad bin Abu Bakr Ibrahim bin Abi Ya’kub Ishak al-Aththar (w. 621 H), memperkenalkan teori Al-Ittihad. Hampir boleh diskatakan bahawa puncak prestasi dari Tasawuf falsafy itu pada Ibnu Araby.

Abdurrahman as-Sulamy (W. 412 H) dalam kitabnya Thabaqatus Shufiyah, membahagi generasi Sufi menjadi lima masa hingga kedatangannya. Kitab Thabaqatus Shufiyah tersebut sangat berperanan besar dalam menyatukan visi besar kaum Sufi, mengingat ucapan-ucapan para tokoh Sufi dikutip di sana, bahkan dengan sejumlah landasan Al-Qur’an dan as-Sunnah. Sebelumnya Ulama dan Sufi besar ini menulis buku yang cukup bagus pula, Tarikhus Shufiyah. Sebelumnya para Ulama Sufi juga menulis, walaupun tidak sekomprehensif As-Sulamy, beberapa kitab tentang sejarah dan biografi para Sufi. Antara lain:

Thabaqatun Nusaak, karya Abu Sa’id Ibnul A’raby (W. 341 H) yang sering dibuat rujukan utama oleh Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya’.
Akhbarush-Shufiyah waz-Zuhad, tulisan Muhammad bin Dawud bin Sulaiman, yang populer dengan Abu Bakr an-Naysabury (W. 342 H.)
Tarikhush-Shufiyah , karya Ahmad bin Muhammad bin Zakaria an-Nasawy az-Zahid (W. 396 H).

As-Sulamy dalam Thabaqat, merinci sejumlah nama besar dari seluruh masa itu, dengan lima generasi. Generasi ini menurut As-Sulamy adalah generasi terbaik, yang meletakkan dasar-dasar utama Sufi, dan masuk dalam katergori sabda Rasulullah saw:

“Sebaik-baik ummat manusia adalah generasi abadku, kemudian generasi abad yang berikutnya, lalu generasi abad berikutnya…” (H.r. Bukhari)

Generasi inilah yang juga pernah diprediksi oleh Rasulullah saw, dalam sabdanya: “Ummatku senantiasa ada empat puluh orang, berperilaku dengan budi pekeri Ibrahim Al-Khalil Alaihissalam, manakala ada suatu perkara datang, mereka diserahi.”

Generasi pertama sampai generasi kelima, berjumlah 100 tokoh Sufi, masing-masing generasi terdiri 20 tokoh:

Generasi pertama :
Al-Fudhail bin ‘Iyadh; Dzun Nuun al-Mishry; Ibrahim bin Adham; Bisyr Al-Hafy; Sary as-Saqathy; Al-Harits al-Muhasiby; Syaqiq al-Balkhy; Abu Yazid al-Bisthamy; Abu Sulaiman ad-Darany; Ma’ruf Al-Karkhy; Hatim al-Asham; Ahmad bin Abil Hawary; Ahmad bin Hadhrawiyah; Yahya bin Mu’adz ar-Razy; Abu Hafsh an-Naysabury; Hamdun al-Qashshar; Manshur bin Ammar; Ahmad bin Ashim al-Anthaky; Abdullah bin Khubaiq al-Anthaky dan Abu Turab an-Nakhsyaby.

Generasi Kedua :
Abul Qasim al-Junaid; Abul Husayn an-Nuury; Abu Utsman al-Hiry an-Naysabury; Abu Abdullah ibnul Jalla’; Ruwaim bin Ahmad al-Baghdady; Yusuf bin ibnul Husain ar-Razy; Syah al-Kirmany; Samnun bin Hamzah al-Muhibb; Amr bin Utsman al-Makky; Sahl bin Abdullah at-Tustary; Muhammad bin Fadhl al-Balkhy; Muhammad bin Ali at-Turmudzy; Abu Bakr al-Warraq; Abu Sa’id al-Kharraz; Ali bin Sahl al-Asbahany; Abul Abbas bin Masruq ath-Thusy; Abu Abdullah al-Maghriby; Abu Ali az-Juzajany; Muhammad dan Ahmad, keduanya putra Abul Ward; Abu Abdullah As-Sijzy.

Generasi Ketiga :
Abu Muhammad al-Jurairy; Abul Abbas bin Atha’ al-Adamy; Mahfud bin Mahmud an-Naisabury; Thahir al-Muqaddasy; Abu Amr ad-Dimasyqy; Abu Bakr bin Hamid At-Turmudzy; Abu Ishaq Ibrahim al-Khawash; Abdullah bin Muhammad al-Kharraz ar-Razy; Bunan bin Muhammad al-Jamal; Abu Hamzah al-Baghdady al-Bazzaz; Abul Husayn al-Warraq an-Naisabury; Abu Bakr Al-Wasithy; Al-Husayn bin Mashur al-Hallaj; Abul Husayn bin as-Shaigh ad-Dainury; Mumsyadz ad-Dinawary; Ibrahim al-Qashshar; Khairun Nasaj; Abu Hamzah al-Khurasany; Abu Abdullah ash-Shubaihy; Abu Ja’far bin Sinan.

Generasi Keempat :
Abu Bakr asy-Syibly; Abu Muhammad al-Murtaisy; Abu Ali ar-Rudzbary; Abu Ali Ats-Tsaqafy; Abdullah bin Muhammad bin Manazil; Abul Khair al-Aqtha’ at-Tinaty; Abu Bakr al-Kattany; Abu Ya’qub an-Nahrajury; Abul Hasan al-Muzayyin; Abu Ali ibnul Katib; Abul Husayn bin Banan; Abu Bakr bin Thohir al-Abhury; Mudzaffar al-Qurmisainy; Abu Bakr bin Yazdaniyar; Abu Ishaq Ibrahim ibnul Maulid; Abu Abdullah bin Salim al-Bashry; Muhammad bin Alyan an-Nasawy; Abu Bakr bin Abi Sa’dan.

Generasi Kelima :
Abu Sa’id ibnul A’raby; Abu Amr az-Zujajy; Ja’far bin Muhammad al-Khuldy; Abul Abbas al-Qasim as-Sayyary; Abu Bakr Muhammad bin Dawud ad-Duqqy; Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad asy-Sya’’any; Abu Amr Ismail bin Nujaid; Abul Hasan Ali bin Ahmad Al-Busyanjy; Abu Abdullah Muhammad bin Khafif; Bundar ibnul Husayn as-Syirazy; Abu Bakr ath-Thimistany; Abul Abbas Ahmad bin Muhammad ad-Dainury; Abu Utsman Said bin Salam al-Maghriby; Abul Qasim Ibrahim bin Muhammad an-Nashruabadzy; Abul Hasan Ali bin Ibrahim al-Hushry; Abu Abdullah at-Targhundy; Abu Abdullah ar-Rudzbary; Abul Hasan Ali bin Bundar ash-Shairafy; Abu Bakr Muhammad bin Ahmad asy-Syabahy; Abu Bakr Muhammad bin Ahmad al-Farra’; Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Muqry’ dan Abul Qasim Ja’far bin Ahmad al-Muqri’; Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad ar-Rasy; Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Khaliq ad-Dinawary.

Setelah masa As-Sulamy muncul beberapa Sufi seperti Abul Qasim al-Qusyairy, disusul prestasi puncak pada Abu Hamid Al-Ghazali ( yang bergelar Hujjatul Islam), kemudian Syeikh Abdul Qadir al-Jilany, Ibul Araby, dan Sultanul Auliya Syeikh Abul Hasan- Asyadzily.

Dari seluruh tokoh sufi di atas, melahirkan banyak mazhab Tasawuf yang kelak muncul dalam cara-cara Thariqat. Semula erti Thariqat itu sendiri adalah metode atau sistem. Berikutnya Thariqat melibatkan komuniti sufistik yang tergabung dalam cara tersebut, sehingga menjadi semacam organisasi spiritual Islam.

Posted on Monday, December 20, 2010 by Qalam Sufi

No comments