Thursday, March 20, 2014


1.  Kekeliruan :


Saya pernah mendengar pertengkaran yang hebat di antara seorang yang berpendidikan tinggi dari barat dengan seorang yang berpendidikan agama mengenai kepercayaan kewujudan makhluk halus sperti hantu, jembalang, toyol dan sebagainya. Adakah makhluk ini benar-benar wujud? Masing-masing menegakkan hujah namun tidak ada penyelesaiannya. Apakah pandangan dan komen ustaz mengenai perkara ini?


Al-Jawab:


Persoalan yang saudara kemukakan ini sememangnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini yang kebanyakannya berpegang kepada ilmu pengetahuan sains moden yang berorienstasikan logik akal bahawa sesuatu wujud jika ia dapat dilihat dan dirasai. jika tidak, bagi mereka sesuatu itu tidak wujud.


Persoalan ini merujuk kepada penggunaan istilah sama ada hantu, jembalang, toyol atau sebagainya. Saya cuba melihat perkara ini dengan lebih halus. Dalam Kamus Dewan, makhluk halus ini diertikan sebagai hantu, bunian, jembalang, pontianak, langsuir, pelesit yang merupakan roh jahat yang merasuk dan melakukan pelbagai kemudaratan kepada manusia.


Semua istilah ini terkenal dalam budaya masyarakat Melayu. Bagi masyarakat lain seperti Arab, mereka menggunakan istilah seperti al-jin, jinni, jinnah, syaitan, Iblis, Ifrit dan sebagainya.


Dalam kamus Arab yang terkenal seperti al-Munjid, Lisan al-Arab, Mukhtar al-Sihah dan lain-lain menyatakan erti istilah yang disebutkan di atas bermaksud, roh-roh kotor atau jahat yang melakukan kejahatan secara tersembunyidan menakutkan anak-anak Adam AS dengan pelbagai-bagai cara.


Kedua-dua Kamus Dewan dan Arab ini merujuk kepada istilah yang sama. Nama-nama makhluk halus yang terkenal dalam masyarakat Melayu terebut sama dengan nama-nama yang disebut oleh masyarakat Arab, iaitu suatu makhluk yang tidak boleh dilihatdengan mata kasar, atau hanya boleh dilihat dalam keadaan tertentu sahaja.


Sekiranya kta merujuk kepada Al-Quran dan Hadith-hadith Nabi Muhammad SAW, kita akan menemui istailah yang sama. Al-Quran menyebut syaitan atau syayatiin, jin atau jinnah, qarin, Iblis, Ifrit dan sebagainya. Dalam hadith yang sahih kita akan berjumpa dengan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, Aamir, 'Aamir, Alwalaan, Mukhannas dan Mukhannathuun. Semua istilah ini sama ada dalam Al-Quran dan Hadith merujuk kepada wujudnya makhluk2 halus ataupun roh2 jahat yang mengganggu manusia denga pelbagai cara.


Malahan dalam surah Al-Ahqaf ayat 29 dalam firmanNya: 


وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِّنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنصِتُوا ۖ فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَىٰ قَوْمِهِم مُّنذِرِينَ(29)


Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.


Disebutkan juga dalam Hadith yang sahih bahawa RAsulullah SAW telah bertemu dengan masyarakat jin untuk menjelaskan ayat-ayat Al-Quran. Hadith daripada Ibnu Abi Hatim yang diriwayatkan daripada Mujahid menceritakan Nabi Muhammad SAW bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah.


Kesimpulannya, makhluk halus itu memang wujud dan wajib dipercayai. Pada pandangan saya, yang membezakan hanyalah pada istilah atau terjemahannya sahaja sedangkan kesemuanya adalah makhluk yang sama.


Sama ada hantu, jembalang, jin tanah, pelesit, bunian dan sebagainya istilah makhluk halus yang wajib dipercayai kewujudannya sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran. Tidak mempercayai ayat-ayat Al-Quran boleh membawa kepada kerosakan aqidah



Sumber :  Al-Faqiru Amjad Al-Fathoni Ila Allah 











Posted on Thursday, March 20, 2014 by Qalam Sufi

No comments

Wednesday, March 19, 2014


Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:



Soalan Pertama


Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”


Soalan Kedua


Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”


Soalan Ketiga


Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″

Pemuda: “Nombor sebelum 3?”

Atheis: “Nombor 2″

Pemuda: “Nombor sebelum 2?”

Atheis: “Nombor 1″

Pemuda: “Nombor sebelum 1?”

Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.


Soalan Keempat


Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.


Soalan Kelima


Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyu
m. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.


Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”


Soalan Keenam


Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”


Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”


Soalan Kelapan


Atheis: “Kami ingin be
rtanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.


Soalan Kesembilan


Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.



 Sumber :  
Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari Hafizuhullahu 

Posted on Wednesday, March 19, 2014 by Qalam Sufi

No comments

Thursday, March 6, 2014



Surah Al-Fatihah sememangnya adalah surah yang akan dibaca 17 kali sehari dalam hidup mereka sebagai umat Islam ketika di dalam solat.Tetapi pernahkah kita mengkaji atau menganalisis apakah yg terkandung atau tersirat disebalik surah Al-Fatihah yang kita baca ini?Sejauh mana kita benar-benar memahami dan tadabbur segala yang tersirat di sebalik tersurat surah Al-Fatihah ini.Jadi Insya Allah di sini saya cuba kongsikan seberapa banyak yang boleh untuk pengetahuan kita bersama.


Surah Al-Fatihah ini dikategorikan sebagai Surah Makkiyyah iaitu surah yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Surah ini Nabi s.a.w. menamakan sbg ( فاتحة الكتاب ) kerana ia merupakan surah yg mula-mula sekali dibaca dan dimulai di dalam Al-Quran.Selain itu juga,surah ini juga dinamakan ( أم القرأن ) kerana ia merupakan induk bagi semua isi yg terkandung di dalam Al-Quran dan menjadi intisari kepada isi Al-Quran. Nama lain bagi surah ini adalah ( السبع المثاني ). Dinamakan sedemikian kerana ia mengandungi tujuh ayat dan sentiasa dibaca berulang kali ketika di dalam solat.


Kajian yg boleh kita perhatikan dalam surah ini ialah pertamanya : dalam Surah Al-Fatihah ini sebenarnya Allah s.w.t. menyebutkan kepada kita 5 Asma al-Husna ( nama-nama Allah yg indah ) yg ada di dalam surah ini. Daripada 99 Asma al-Husna, 5 daripadanya Allah s.w.t. memilih dan menyebutnya di dalam surah ini iaitu :

1. Allah ( الله )

2. Ar-Rabb ( الرب )

3. Ar-Rahman ( الرحمن )

4. Ar-Rahim ( الرحيم )

5. Al-Malik ( المالك )


1. Allah ( الله )

Merupakan nama Allah Azza Wa Jalla Yang Maha Agung dan tiada sesuatu pun yg boleh mensyirikkanNya. Di antara maksud nama Allah ini ialah sesungguhnya hati-hati itu beribadat dan rindu kepada Allah dan rindu untuk bertemu denganNya, melihatNya dan menjadi tenang bila menyebutNya iaitu berzikir mengingati Allah.


Dan di antara maksud nama Allah itu juga ialah sesungguhnya Dia ( Allah ) satu-satunya Tuhan yang layak untuk disembah dan berhak untuk beribadah kepadaNya dan oleh kerana itu jugalah datangnya nama ini di dalam ungkapan dua kalimah syahadah di mana seorang mukmin itu akan berkata ( أشهد أن لا اله إلا الله ) dan tidak berkata seperti ini
( أشهد أن لا اله إلا الرحمن ).


2. Ar-Rabb ( الرب )

Iaitu Dialah ( Allah ) Tuhan sekalian alam,Tuhan kepada segala-galanya. Semua yang diciptakan Allah terdiri dari berbagai-bagai jenis dan bentuk seperti alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan dan sebagainya lagi. Allah s.w.t. adalah pencipta kepada semua alam tersebut.


3. Ar-Rahman Ar-Rahim ( الرحمن الرحيم )

Juga merupakan nama Allah dan ia tidak di namakan kepada sesiapa pun melainkan hanya kepada Allah sahaja. Maka bagi Allah s.w.t. itu sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ar-Rahman adalah merupakan asma al-husna yang khusus hanya untuk Allah Azza Wa Jalla sahaja yang tidak boleh disekutukan dengan sesuatu yg lain.


Perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim ini sebenarnya berasal dari Ar-Rahmah.Dan sifat Ar-Rahman Allah ini adalah rahmat kasih sayang untuk semua makhlukNya manakala Ar-Rahim pula adalah nikmat rahmat kasih sayang yg hanya khusus untuk orang-orang yg beriman sahaja.Setiap kali kita membaca surah Al-Fatihah ini berulang-ulang kali dalam seharian hidup,kita akan menyebut ( بسم الله الرحمن الرحيم ) dan tidak menyebut ( بسم الله العزيز الحكيم )menunjukkan disini kepada kata-kata Allah s.w.t. di dalam satu hadis Qudsi iaitu “ Sesungguhnya rahmat kasih sayangku mendahului kemurkaanku ” dan begitu juga nabi s.a.w. sentiasa mengajar para sahabat baginda dengan sentiasa berharap dan semakin bertambah keyakinan terhadap rahmat kasih sayang Allah yg terlalu besar .


Ketiga-tiga asma al-husna ini jika diperhati dengan begitu terperinci,sebenarnya ia sudah merangkumi aspek-aspek akidah keimanan kita kepada Allah s.w.t.Pertamanya nama Allah ( الله ) mengandungi sifat Uluhiyyah dan keduanya Ar-Rabb ( الرب ) mengandungi sifat Rububiyyah dan yg terakhir Ar-Rahman & Ar-Rahim mengandungi sifat Asma wa sifat bagi Allah.


4. Al-Malik ( المالك )

Seperti yg terkandung di dalam surah Al-Fatihah iaitu ( ملك يوم الدين ) iaitu yang menguasai di hari pembalasan di mana pada hari itu di tangan-tangan manusia terdapat segala amalan-amalan mereka dan pada hari itu juga terdengar pujian kepada Allah dan mengagungkan kebesaran Allah.Pada hari itu jugalah terdapat peringatan kepada umat Islam dengan hari pembalasan dan hari penghitungan ( Hisab ).


Analisis yg kedua dapat kita lihat di sini ialah ayat seterusnya :



"Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam"


Alhamdu ( الحمد ) adalah pujian kerana perbuatan yg baik dan kemuliaannya.Pujian di sini adalah pujian bagi Allah s.w.t. dengan sifat keagungan dan kesempurnaanNya.Segala pujian serta sifat-sifat yg tinggi dan kesempurnaan hanyalah milik Allah s.w.t. sahaja dan tiada siapa yg berhak menerima pujian yg sempurna melainkan Allah sahaja.Jika kita mengkaji dari konteks bahasa sendiri kenapa digunakan alhamdu dalam ayat ini dan tidak digunakan ( الشكر ) dan apakah perbezaan antara ( الحمد ) ,( الشكر ) dan ( المدح ) ?Kenapa Allah tidak memulakan ayat ini dengan ( الشكر لله رب العلمين ) atau ( المدح لله رب العلمين )?


Sebenarnya ketiga-tiga perkataan bahasa arab ini mempunyai perbezaan makna dan maksud yg tersendiri.Dari segi makna luaran kita nampak ia adalah sama maksud tetapi hakikatnya terdapat perbezaan antara ketiga-tiga perkataan ini :

1 ) الحمد
Alhamdu dari segi bahasa bermaksud pujian iaitu pujian terhadap sesuatu perbuatan atau sifat atau tindakan yg dilakukan dengan kehendak dan keinginannya sendiri.

2 ) المدح
Almadhu juga adalah bermaksud pujian akan tetapi ia adalah pujian yg bebentuk umum atas sesuatu perbuatan atau tingkah laku yg dilakukan.Perbezaan antara kedua-dua perkataan ini ialah الحمد adalah khusus dan المدح adalah umum.

3 ) الشكر
As-syukru pula adalah maksud yg lebih khusus lagi dari الحمد dan المدح kerana perkataan as-syukru ini sebenarnya lebih kepada pujian terhadap sesuatu nikmat yg tertentu sahaja iaitu nikmat yg khusus.Ia terbatas kepada sesuatu kenikmatan yg melimpah dari pemberinya.


Sebenarnya alhamdu disini mengandungi maksud ( الشكر والإعتراف ) iaitu pujian dan pengiktirafan yg cukup indah yg dikhususkan hanya kepada Allah sahaja di mana kalau dilihat bagaimana surah Al-Fatihah ini dimulakan dengan satu pujian.Pengiktirafan yg dimaksudkan di sini ialah keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. kerana itu adalah satu pengakuan dari hamba-hambaNya sendiri dengan segala kealpaan,kekurangan diri mereka dan berasa perlu kepada Allah s.w.t..Dan hamba-hambaNya mengiktiraf Allah dengan mengagungi segala sifat kesempurnaan,kemuliaan dan ihsan kebaikan Allah s.w.t.


Dengan permulaan ayat ini seperti di atas sebenarnya sudah terkandung maksud pengiktirafan dan pengakuan dari hamba-hambaNya terhadap segala nikmat keagungan dan kebesaran Allah dan tiada keraguan apa-apa.Dimana sifat bagi hamba-hambaNya dengan mengakui kebesaran dan keagungan Allah,maka mereka akan patuh taat kepada perintahNya dan tidak akan ingkar.Dalam skop yg lain pula dari sudut bahasa,kita dapat lihat dalam ayat kedua ini kalimah Allah dalam ayat ini sebenarnya satu bentuk pengkhususan.Satu unsur kesenian bahasa di sini menunjukkan bahawa segala puji-pujian itu hanyalah khusus untuk Allah sahaja.


Analisis yg berikutnya :


Perkataan “ Rabbil A’lamin ” yg bermaksud Tuhan sekalian alam dalam ayat ini juga adalah sifat Allah merupakan jawapan kepada persoalan kenapa Allah sahaja yg sememangnya berhak dan layak untuk dipuji.Dan perkataan “ Rabb ” di sini bermaksud pemilik atau yg memiliki sesuatu dan perkataan ini ia tidak boleh digunakan pada manusia melainkan hanya pada Allah sahaja.Jika digunakan pada manusia sekali pun,ia akan disandarkan kepada sesuatu atau lebih di istilahkan sbg ( الإضافة ) sbg contoh : رب البيت yg bermaksud tuan rumah atau pemilik rumah.Contoh lain lagi : ربة البيت yg bermaksud suri
rumah.


Manakala “ Al-a’lamin ” di dalam ayat ini Allah gunakan dalam bentuk lafaz yg berbentuk jamak muzakkar salim.Penggunaan jamak muzakkar salim dalam ayat ini sebenarnya menunjukkan sesuatu yg berakal.Ia menunjukkan kepada kita di sini bahawa Allah tu adalah tuhan sekalian alam yg terdiri dari pelbagai alam seperti alam manusia,malaikat,jin,tumbuh-tumbuhan,haiwan dan lain-lain lagi.


Analisis seterusnya dapat dilihat di sini :



"Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"


Jika dilihat dalam ayat ini pula,terkandung kesenian uslub bahasa Al-Quran itu sendiri.Jika dilihat pada perkataan iyyaka ( إياك ),dimana ia sudah ditakdim di hadapan ayat dimana dhamir ini membawa maksud pengkhususan terhadap ibadah dan pertolongan kepada Allah.Dalam ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana kita sbg seorang hamba hanya kepada Allah sahaja kita beribadah dan menyembah dan hanya kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan dan tidak kepada yg lain.Apakah hubungkait atau kesinambungan antara ( نعبد ) dan ( نستعين ) dalam ayat ini?Ia menunjukkan kepada kita di sini bahawa ibadah itu adalah satu perantaraan dan penghubung kita sbg hamba dengan Allah untuk memohon pertolongan.Kalau dilihat dari konteks bahasa,asal usul sebenarnya ayat ini adalah ( نعبد إياك ونستعين إياك ).Apabila dhamir إياك ini ditakdimkan dihadapan,secara tidak langsung ia membawa maksud pengkhususan bahawa hanya Allah sahaja kita sbg hamba akan sembah dan meminta pertolongan buat selama-lamanya.


Bagaimana hebatnya keindahan uslub bahasa ini menunjukkan kepada kita bahawa hanya Allah sahaja satu-satunya tempat untuk kita bergantung dan meminta pertolongan kepadaNya dengan cara beribadah kepadaNya.
Dalam masa yg sama juga,kesinambungan dari uslub bahasa ini juga mencerminkan kepada kita sifat ubudiyyah seorang hamba itu bahawa hanya menyembah Allah sahaja dan tidak akan menyembah selain Allah.Itu merupakan asal usul tauhid uluhiyyah seperti mana yg telah diutuskan oleh para rasul yg terdahulu.


Analisis yg berikutnya :



"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"


Dalam ayat ini terkandung persoalan hidayah yg memberikan berbagai-bagai maksud :

1 ) Tetapkan kami di atas jalan-jalan yg lurus dan benar sehingga kami tidak terpesong dari jalan yg lurus kerana manusia itu sentiasa berubah-ubah.Mungkin pada hari ini manusia itu berada di dalam hidayah dan petunjuk dan kemungkinan manusia pada esok harinya berada di dalam kezaliman.

2 ) Peliharalah hidayah kami.Hidayah itu tinggi darjatnya dan mereka yg diberikan hidayah itu tergolong dalam tingkatan-tingkatan yg tinggi darjatnya.Dan ada dari kalangan mereka yg sampai darjat hidayah yg tinggi dan ada dari kalangan mereka yg tidak sampai ke darjat tersebut. Allah s.w.t. memberikan jalan yg lurus itu kepada dua iaitu jalan di dunia dan jalan di akhirat.Dan perjalanan kamu di jalan ukhrawi iaitu jalan titian sirat yg terbentang di antara neraka dan manusia akan melaluinya mengikut amalan mereka semasa di dunia dahulu.Manakala jalan di dunia pula ialah jalan dengan ketaatan kepada Allah s.w.t. dengan melalukan apa yg diperintah dan menjauhkan apa yg dilarang oleh Allah.

3 ) Jalan yg lurus itu di mana seorang hamba itu akan melakukan apa yg di suruh pada setiap waktu berdasarkan kepada ilmu dan amalan yg ada padanya dan dalam masa yg sama juga seorang hamba itu tidak akan melakukan larangan Allah dengan menjadikan Allah sentiasa berada di hatinya bahawa Allah mengetahui segala apa yg dilakukan dan kehendak seorang hamba itu untuk melakukan apa yg diperintah dan dilarang.
Dan lawan bagi hidayah di dalam ayat ini ialah :

  • a) Kejahilan ( الجهل )

Manusia itu kadang-kadang di dalam dirinya ada rasa keinginan untuk berbuat kebaikan akan tetapi jahil dan tidak mengetahui jalan atau cara yg betul yg dibenarkan oleh syariat untuk mencapai perbuatan baik tersebut.Maka manusia itu menggunakan cara yg bid’ah dari segi syariat dan juhud melaksanakannya tanpa berfikir panjang dan menyangkakan bahawa amalan kebaikan yg dilakukan dengan cara yg tidak betul itu adalah baik disebabkan oleh kurangnya ilmu dalam diri.


  • b) Nafsu ( الهوى )

Kadang-kadang ada dari kalangan manusia itu sendiri mereka dari kalangan orang yg alim ada ilmu pengetahuan tetapi tidak ada dalam dirinya keazaman dan kesungguhan yg menjadikannya terdorong untuk ke arah kebaikan dan hawa nafsu itu menguasai dirinya.Lalu dia meninggalkan kewajipan atau berkecimpung dalam perkara haram dengan sengaja sedangkan dia seorang yg berilmu dan tahu tentang hala dan haram dan mengukurkan dirinya sbg seorang yg lemah imannya dan nafsu syahwat menguasainya dan leka dalam kealpaan dunia.


Kalau diperhatikan pada ayat ini dari sudut bahasa arab itu sendiri,Allah menggunakan perkataan ( اهدنا ) dalam sighah atau bentuk Fi’il Amar.Sebenarnya lafaz Fi’il Amar di sini bukanlah bermaksud satu perintah tetapi ia membawa maksud yg lain sebenarnya.Dari konteks ilmu balaghah,secara umumnya perkataan atau sesuatu jumlah dalam bahasa arab ini terbahagi kepada dua iaitu yg berbentuk Insyai ( اسلوب الإنشائى ) dan Khabari ( اسلوب الخبري ).Di dalam konteks ayat yg berbentuk Uslub Insyai ini terdiri daripada berbagai pecahan yg tersendiri. Antaranya adalah sighah yg berbentuk amar ( صيغة الأمر ).Seperti yg terkandung di dalam ayat di atas,lafaz Fi’il Amar yg digunakan sebenarnya membawa maksud doa iaitu satu proses permintaan dari bawah kepada yg atas.Yang dimaksudkan permintaan dari bawah ke atas di sini ialah kita sbg seorang hamba meminta dan berdoa kepada yg lebih Maha Kuasa lagi iaitu Allah s.w.t.


Itu yg tersirat disebalik penggunaan lafaz Fi’il Amar dalam ayat ini.Dalam masa yg sama ia menunjukkan kepada kita bahawa kita sbg hambaNya perlu sentiasa dan setiap masa berdoa memohon hidayah dan petunjuk kepada Allah.Bukan hanya sekadar berdoa sahaja,tetapi sentiasa berusaha untuk mencari hidayah Allah itu.Dari sini juga,ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa hidayah ini sebenarnya milik Allah dan kerja memberi hidayah ini juga adalah hak milik Allah.Allah juga berhak untuk memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yg dikehendakinya.Oleh kerana itulah kita sbg hamba disuruh agar supaya sentiasa berdoa dan memohon hidayah Allah dan ini bertepatan dengan kaedah penggunaan bahasa arab yg terkandung dalam ayat ini.Itulah hebatnya bahasa Al-Quran.
Perkataan ( الصراط ) dalam ayat ini bererti jalan yg jelas dan ada manhaj kehidupan iaitu ada pegangan hidup.

Sepertimana yg terdapat di dalam bait syair yg diungkapkan:



"Seorang pemimpin yg beriman itu berada di atas jalan yg lurus benar
Jika dia membengkokkan jalan itu,bengkoklah ia"


Analisis yg berikutnya :



"Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat"


Ayat ini membawa penafsiran yg jelas dari ayat yg sebelumnya iaitu dari jalan yg lurus.Mereka yg telah mendapat hidayah seperti mana yg telah Allah anugerahkan nikmat itu kepada mereka dari kalangan nabi-nabi,para syuhada,golongan yg soleh dan yg benar.Ayat ini secara tersiratnya Allah mengajar manusia supaya mencari jalan “ orang-orang yg Allah telah berikan kenikmatan ” dan menjauhi jalan “ orang-orang yg dimurkai Allah dan orang-orang yg sesat ”.


Orang-orang yg Allah telah berikan kenikmatan dijelaskan dalam ayat yg lain : 



"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul,mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah,iaitu : Nabi-nabi,para siddiiqiin,orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh.Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya"

Dalam ayat ini juga tiga jalan yg terbentang di hadapan kita :

1 ) Jalan yg lurus ( الصراط المستقيم )
Jalan-jalan yg terkandung di dalamnya segala kebenaran dan amal kebaikan

2 ) Jalan yg dimurkai ( المغضوب عليهم )
Mereka yg terdiri daripada yahudi dan lain-lain.Mereka semua ini tahu semua kebenaran yg terkandung di dalam Al-Quran dan tidak beramal dengannya

3 ) Jalan yg sesat ( الضالين )
Mereka yg beramal tetapi dengan kejahilan mereka sendiri iaitu beramal dengan menggunakan cara yg sesat dan tidak benar


Analisis yg seterusnya :



Dalam ayat di atas mengandungi satu unsur balaghah yg dipanggil ( التفسير بعد الإبهام ) iaitu menjelaskan apa yg samar-samar.Ayat ini menjelaskan dan mentafsirkan kesamaran ayat yg sebelumnya iaitu ( اهدنا الصراط المستقيم ).Selain itu juga,terkandung juga satu lagi kesenian bahasa iaitu ( السجع ) yg bermaksud persamaan pada rima akhir perkataan atau wazan.Contohnya yg ada pada ayat ini :

1. ( المستقيم ) dan ( الرحيم )
Persamaan rima huruf yg ada pada ayat ini iaitu huruf mim pada akhir kalimah itu sendiri.

2. ( نستعين ) dan ( الضآلين )
Persamaan rima huruf pada akhir ayat ini iaitu huruf nun pada akhir kalimah itu sendiri.
Semoga dengan apa yg tersirat disebalik Surah Al-Fatihah ini mampu membuatkan diri kita itu semakin hampir lagi kepada Allah...

Wallahu A'lam.

Sumber: Al-Fadhil Ustaz Amin Bin Shahidan Hafizahullahu

Posted on Thursday, March 06, 2014 by Qalam Sufi

No comments